Pembangunan perisian kursus multimedia untuk belajar membaca : satu pendekatan Hibrid (HARL)
Pembacaan merupakan literasi asas kepada literasi-literasi lain seperti literasi komputer, literasi matematik dan literasi komunikasi. Literasi tersebut perlu diajar kepada kanak kanak dari peringkat umur yang awallagi. Kajian ini melibatkan pembangunan prototaip belajar membaca melalui perisian k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Published: |
2004.
|
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembacaan merupakan literasi asas kepada literasi-literasi lain seperti literasi komputer, literasi matematik dan literasi komunikasi. Literasi tersebut perlu diajar kepada kanak kanak dari peringkat umur yang awallagi. Kajian ini melibatkan pembangunan prototaip belajar membaca melalui perisian kursus multimedia yang dinamakan Belajar Membaca Berasaskan Pendekatan Hibrid ataupun Hybrid Approach in Learning Reading (HALR). HALR menggunakan pendekatan hibrid iaitu pengabungjalinan di antara pendekatan Falsafah Bahasa Menyeluruh dan Pendekatan Fonetik. Pendekatan Falsafah Bahasa Menyeluruh melibatkan unsur seperti pembelajaran berasaskan aspek sosial harian kanak kanak, persekitaran literasi yag kaya, pembelajaran berasaskan perkataan menyeluruh yang dapat menunjukkan fungsi dan makna perkataan. Pendekatan Fonetik pula, menekankan kepada pembunyian huruf. Satu model reka bentuk berarahan (ID) bagi perisian kursus HALR telah direka bentuk dan terdapat tiga modul dalam peri sian kursus tersebut: modul Penerokaan, modul Pengukuhan Idea dan modul Aktiviti Lanjutan. Modul Penerokaan merupakan modul yang mengandungi elemen-elemen pengenalan secara terperinci berkenaan objek yang telah dipilih sebagai bahan pengajaran. Modul ini memperkenalkan nama objek berasaskan pendekatan bahasa menyeluruh melalui jalan cerita, kemudian mengukuhkan nama objek tersebut secara menyeluruh, dan akhirnya memperkukuhkan lagi nama objek dengan menggabungkan dengan pendekatan fonetik. Modul Pengukuhan Idea pula merupakan modul yang menyediakan maklumat tambahan untuk setiap objek untuk menyokong Modul Penerokaan. Modul Aktiviti Lanjutan pula, merupakan modul yang menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan tema objek yang telah dipelajari dalam Modul Penerokaan dan Modul Pengukuhan Idea. Antara aktiviti yang disediakan menyusun imej, menaip cerita, menukar warna imej, menyusun huruf, melukis dan menyanyi. Terdapat beberapa elemen merentasi kurikulum dimasukkan dalam Modul Aktiviti Lanjutan ataupun aktiviti Pengukuhan Idea seperti operasi tambah (kurikulum matematik), pengenalan bahagian objek (kurikulum sains) dan kitar hayat objek (kurikulum sains). Pengujian terhadap HALR telah menunjukkan kelebihan sistem dalam menarik minat kanak-kanak untuk belajar membaca. |
---|---|
Physical Description: | xii, 172 leaves; 30 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references |