Murtad di Malaysia : satu kajian kes

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa masalah-masalah yang berkaitan dengan murtad yang menyentuh akidah Islamiah umat Islam di Malaysia. Masalah murtad sangat penting untuk dibincangkan; kerana ia adalah kriteria yang akan menentukan identiti sebenar seorang Islam. Di dalam suasana ne...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh Bin Ismail (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa masalah-masalah yang berkaitan dengan murtad yang menyentuh akidah Islamiah umat Islam di Malaysia. Masalah murtad sangat penting untuk dibincangkan; kerana ia adalah kriteria yang akan menentukan identiti sebenar seorang Islam. Di dalam suasana negara Malaysia yang diarah menuju negara maju / madani, persoalan murtad di dalam akidah Islamiah sangt perlu dikaji untuk mengenal pasti kemantapan akidah Islamiah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Melalui masa, pengaruh material kelihatan sangat kuat mencengkam pemikiran umat Islam di Malaysia; kerana itu akidah Islamiah umat Islam amat perlu dipelihara dan dilindungi dari murtad dan menerima kesan-kesan negatif daripadanya. Ini membolehkan umat Islam terpelihara dari dosa dan hidup di jalan yang diredhai Allah s.w.t. untuk tujuan itu, kajian ini dijalankan. Kajian ini dilakukan dalam dua bidang, kajian perpustakaan dan kajian lapangan (fieldworks). Kajian perpustakaan adalah untuk mengkaji pendapat-pendapat ulama yang muktabar berhubung dengan hukum-hukum dan sebab-sebab yang menyebabkan seorang muslim menjadi murtad. Kajian lapangan / fieldwork pula ditumpukan kepada pengumpul dan mengkaji kes-kes murtad yang terdapat di dalam masyarakat Islam di Malaysia, serta sebab-sebab yang mendorong mereka terjebak dengan kes tersebut. Maklumat tersebut didapati dari individu-individu yang terlibat, dari data-data yang terdapat di institusi berkenaan termasuk dari Mahkamah Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia. Murtad membawa kesan yang buruk terhadap seorang Muslim. Melalui kajian ini, didapati kes murtad di Malaysia telah mencapai tahap serius dan kritikal serta memerlukan penyelesaian yang segera dan berwibawa. Kes murtad di Malaysia berlaku melalui pembatalan akidah, perbuatan (amalan) dan juga berlaku melalui percakapan.
Physical Description:412 leaves; 30 cm.