Pemantauan prestasi perisian berasaskan metrik

Proses evolusi pensian akan berlaku secara berterusan selagi pensian berkenaan digunakan. Evolusi ini biasanya akan memberi kesan kepada kualiti perisian berkenaan dalam pelbagai aspek secara jangka panjang. OIeh yang demikian, ada kewajaran yang tinggi untuk melaksanakan pemantauan terhadap proses...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Mokhairi Makhtar (Editor)
Format: Thesis Book
Published: 2004.
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 02478cam a2200217 7i4500
001 0000048682
005 20200113090000.0
008 050508n
050 0 0 |a QA76.76 
090 0 0 |a QA76.76   |b .M8 2004 
100 0 |a Mokhairi Makhtar   |e editor  
245 1 0 |a Pemantauan prestasi perisian berasaskan metrik   |c Mokhairi bin Makhtar. 
260 2 |c 2004. 
300 |a xiii, 162 leaves;   |c 30 cm. 
502 |a Thesis (Sarjana Teknologi Maklumat) -- Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004 
520 |a Proses evolusi pensian akan berlaku secara berterusan selagi pensian berkenaan digunakan. Evolusi ini biasanya akan memberi kesan kepada kualiti perisian berkenaan dalam pelbagai aspek secara jangka panjang. OIeh yang demikian, ada kewajaran yang tinggi untuk melaksanakan pemantauan terhadap proses evolusi perisian yang berlaku supaya isu-isu berkaitan dengan kualiti perisian dapat ditangani secara berkesan. Dalam kajian ini, satu model pemantauan prestasi perisian (3P) telah dibangunkan berasaskan penggunaan metrik perisian. Model ini mengandaikan prestasi perisian boleh dicirikan dengan faktor kualiti seperti integriti data, keselamatan, kesediaan data, prestasi urusniaga, kebolehpercayaan dan kebolehsenggaraan. Untuk memudahkan proses pungutan data dan analisis, proses evolusi telah dikelaskan mengikut kelompok entiti luaran yang terlibat dan proses pengurusannya. Kelompok entiti yang terlibat adalah pengguna, pengurusan, teknikal dan kumpulan penyenggara. Manakala proses pengurusannya terdiri dari pengurusan perubahan, implementasi dan pelepasan. Untuk setiap kelompok dan proses ini, satu set metrik perisian telah dikenal pasti untuk diukur. Model 3P ini juga dilengkapkan dengan satu prototaip perisian yang dinamakan SMARTS (Software Monitoring and Change Request Management System). SMARTS berguna untuk menerima input pengukuran dan seterusnya mempersembahkan analisis data secara grafik dan carta. Buat permulaan ini, proses pengutipan data dijalankan terhadap Sistem Maklumat UKM (SMU). Adalah diharapkan dengan analisis terhadap data-data yang telah dikutip dapat menunjukkan keberkesanan model pemantauan perisian yang dibangunkan. 
610 2 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia --   |x Dissertations  
650 0 |a Computer software --   |x Development  
650 0 |a Dissertations, Academic --   |z Malaysia  
650 0 |a Software measurement  
999 |a 1000101827  |b Thesis  |c Reference  |e Tembila Thesis Collection