Impak uslub tabsyir dan indhar dalam membentuk personaliti : kajian di sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak

Kajian ini membincangkan tentang tabsyir dan indhar sebagai suatu uslub yang memberi kesan terhadap pembentukan personaliti (jasmani, emosi, rohani dan intelek) individu. Uslub tabsyir dan indhar di dalam kajian ini dilihat daripada dua dimensi: Pertama, modul pendidikannya di dalam al-Quran. Kedu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, 1972- (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang tabsyir dan indhar sebagai suatu uslub yang memberi kesan terhadap pembentukan personaliti (jasmani, emosi, rohani dan intelek) individu. Uslub tabsyir dan indhar di dalam kajian ini dilihat daripada dua dimensi: Pertama, modul pendidikannya di dalam al-Quran. Kedua, modul pendidikannya dalam program pemulihan si Sekolah Henry Gurney Teluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti uslub tabsyir dan indhar di dalam al-Quran serta impaknya terhadap pembentukan personaliti manusia. Kajian juga mengkaji uslub tabsyir dan indhar di dalam program pemulihan di kedua-dua buah Sekolah Henry Gurney serta impaknya terhadap peningkatan personaliti semasa responden. Penilaian tentang persamaan dan perbezaan antara modul uslub tabsyir dan indhar yang diaplikasi di Sekolah Henry Gurney dengan modul uslub tabsyir dan indhar yang diaplikasi di Sekolah Henry Gurney dengan modul uslub tabsyir dan indhar al-Quran juga dibincangkan. Bagi merealisasikan objektif ini, data-data kajian dikutip melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diperolehi melalui analisa dokumen, temubual dan pemerhatian turut serta. Manakala data kuantitatif pula diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden-responden kajian, juga daripada laporan prestasi penghuni. Kesemua data dianalisa secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa uslub tabsyir dan indhar al-Quran dan uslub tabsyir dan indhar di Sekolah Henry Gurney memberi impak terhadap pembentukan personaliti melalui perumpamaan, kisah serta janji baik dan buruk. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa personaliti semasa responden dari sudut jasmani, emosi dan intelek berada pada tahap meningkat, manakala dari sudut rohani pada tahap sederhana meningkat. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil kajian yang menunjukkan bahawa bilangan ganjaran yang diterima dan bilangan hukuman yang tidak diterima oleh responden adalah hampir seimbang. Keputusan ini bererti, wujud perubahan personaliti selepas responden menjalani pemulihan sekurang-kurangnya enam bulan. Meskipun perubahan personaliti responden tidak melayakkan mereka untuk menerima ganjaran, tetapi ia tidak menyebabkan mereka menerima hukuman. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya uslub tabsyir dan indhar al-Quran yang disebut secara implisit turut dikaji sebagai kelangsungan kepada kajian ini.
Physical Description:xiv, 536 leaves: ill. (some col.); 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (p. 396-406)