Kajian kesan ekstrak kasar etil asetat endofit streptomyces sp. terhadap acinetobacter baumannii / calcoaceticus

Sebanyak 56 isolat aktinomiset digunakan untuk penyaringan anti-bakteria terhadap dua strain bakteria klinikal Acinetobacter baumannii/calcoaceticus, yang sebelum ini telah dikenalpasti sebagai strain sensitif dan kurang sensitif-Karbapenem. Ujian penyaringan bioasai anti-bakteria menunjukkan 14 dar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhidayah Badya (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebanyak 56 isolat aktinomiset digunakan untuk penyaringan anti-bakteria terhadap dua strain bakteria klinikal Acinetobacter baumannii/calcoaceticus, yang sebelum ini telah dikenalpasti sebagai strain sensitif dan kurang sensitif-Karbapenem. Ujian penyaringan bioasai anti-bakteria menunjukkan 14 daripada 56 isolat mempunyai aktiviti perencatan terhadap kedua-dua strain, dengan isolat SUK 31, SUK 37, SUK 56, SUK 15 menunjukkan 100% perencatan dan isolat SUK 8, SUK 10 dengan perencatan melebihi 50%. Isolat SUK 31, SUK 56, SUK 15 dan SUK 8 dipilih untuk fermentasi kaldu nutrien dan pengekstrakan menggunakan etil asetat. Hasil ujian resapan cakera menunjukkan kehadiran zon perencatan oleh ekstrak isolat SUK 15 dan SUK 31 (strain sensitif: 11 mm, 8 mm; strain resistan: 7 mm, 10 mm) manakala tiada zon perencatan ditunjukkan oleh isolat SUK 8 dan SUK 56. Nilai kepekatan perencatan minima (MIC) dan kepekatan bakterisidal minima (MBC) SUK 8 ialah 1.0 mg/ml dan 4.0 mg/ml, masing-masing, manakala SUK 15, SUK 31 dan SUK 56 menunjukkan nilai MIC dan MBC yang sama, iaitu pada 2.0 mg/ml. Di samping itu, tiada perbezaan yang ketara ditunjukkan oleh nilai kepekatan MIC dan MBC bagi kedua-dua strain kesan daripada ekstrak endofit Streptomyces sp. Pemerhatian perubahan mikromorfologi di bawah mikroskop elektron imbasan (SEM) terhadap A.baumannii/calcoaceticus kesan tindakan isolat SUK 8 menunjukkan berlaku kerosakan pada struktur membran sel dan sel-sel bakteria kelihatan saling melekat antara satu sama lain. Analisa profil komponen ekstrak isolat SUK 8 pula menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan komponen berpolar yang berjaya dipisahkan melalui teknik Thin Layer Chromatography (TLC). Kesimpulannya, kajian ini mendapati endofit Streptomyces sp. mempunyai kesan anti-bakteria terhadap kedua-dua strain A.baumannii/calcoaceticus yang diuji.
Physical Description:xiii, 74 leaves; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 67-74)