Pemikiran dan sumbangan Imam Al-Juwayni dalam pembentukan integriti modal insan di Malaysia

Kajian ini secara khusus merupakan satu analisis secara usuli dan manhaji terhadap sumbangan usul fiqh Imam al-Juwayni dalam pembentukan model integriti modal insan (IMI) di Malaysia. Ia merangkumi dua aspek penting yang berjaya mencetuskan kelahiran nilai-nilai integriti (NNI) secara kulli iaitu me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fadzhil Mustafa (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini secara khusus merupakan satu analisis secara usuli dan manhaji terhadap sumbangan usul fiqh Imam al-Juwayni dalam pembentukan model integriti modal insan (IMI) di Malaysia. Ia merangkumi dua aspek penting yang berjaya mencetuskan kelahiran nilai-nilai integriti (NNI) secara kulli iaitu melalui sibghah ilahiyyah dan aplikasi dawabit pemikiran usul fiqh (DPUF) Imam al-Juwayni. Persoalan yang diketengahkan ialah sejauhmanakah perkaitan antara manhaj DPUF dan sibghah ilahiyyah dapat memberikan saham berharga ke arah pemebentukan model IMI. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori-kategori nilai integriti Imam al-Juwayni yang mampu menyumbang ke arah pembentukan modal insan berintegriti di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menganalisis kesesuaian pemikiran integriti Imam al-Juwayni dalam konteks pembudayaannya di Malaysia secara teori dan praktikal. Lantaran itu, kajian ini lebih berbentuk kualitatif kerana banyak menggunkan kaedah kajian kepustakaan dalam pengumpulan data, termasuk juga temu bual dan sorotan terhadap manuskrip-manuskrip lama. Sementara metode-metode yang digunakan bagi menganalisis data-data terkumpul ialah metode induktif, deduktif dan komparatif. Di sampingi itu, kajian ini turut memantapkan manhaj analisis persejarahan dan kandungan teks. Akhirnya, kajian ini mendapati perlunya pengstrukturan semula kategori nilai-nilai integriti yang diamalkan di Malaysia agar lebih menepati kehendak sebenar aplikasi dawabit yang berteraskan sibghah ilahiyyah dalam usaha mendepani masa depan umrah. Ini sekali gus menjadi hasrat dan harapan semua pihak bagi melihat pelaksanaannya berjaya melahirkan modal insan berintegriti secara kolektif dan bukan secara individu. Justeru, gagasan pemikiran usul fiqh Imam al-Juwayni ama sesuai dijadikan model dalam konteks pembudayaan integriti modal insan di Malaysia terutama sekali oleh badan-badan pelaksana pelan integriti nasional (PIN) dan pusat-pusat pengajian tinggi serta institusi-institusi sosial masa kini.
Physical Description:xvii, 319 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 307-319)