Kitab risalah fi bayan hukm al-bay'wa al-riba karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas : kajian teks dan maslahah

Risalah Fi Bayan Hukm al-Bay' Wa al-Riba ialah sebuah karya yang ditulis oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas. Beliau merupakan seorang ulama Terengganu yang berpengaruh pada kurun ke-19. Namun begitu, ketokohan pengarang tidak diketahui ramai, apatah lagi berbicara tentang karya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasanulddin Mohd (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Risalah Fi Bayan Hukm al-Bay' Wa al-Riba ialah sebuah karya yang ditulis oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas. Beliau merupakan seorang ulama Terengganu yang berpengaruh pada kurun ke-19. Namun begitu, ketokohan pengarang tidak diketahui ramai, apatah lagi berbicara tentang karya beliau tersebut. Warisan ini hampir dilupakan disebabkan tiada usaha yang komprehensif untuk memuliharanya dan tidak pernah diketengahkan dalam bentuk kajian ilmiah yang mendalam. Bilangan naskhah kitab yang sangat terhad pada ketika ini telah menjadikannya sebagai sebuah koleksi yang nadir. Oleh itu, kajian akan memaparkan biodata pengarang dengan lebih sistematik dan menyeluruh, latar belakang kitab dan metode penulisannya secara terperinci, serta menganalisis penggunaan konsep maslahah daripada perbahasan hukum yang dinyatakan dalam kitab. Kemuncaknya, sebuah edisi lengkap transliterasi rumi dan tahqiq akan dikeluarkan daripada kitab ini. Kajian ini berbentuk sejarah dan analisis kandungan. Ia termasuk dalam kajian kualitatif. Ia juga merangkumi penyelidikan ke atas sebuah manuskrip yang telah ditentukan, yang menjurus kepada penyelidikan perpustakaan. Data dikumpul daripada metode dokumentasi, historis, temubual dan pemerhatian. Ia seterusnya dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif serta metode komparatif. Kajian menunjukkan bahawa kitab Risalah Fi Bayan Hukm al-Bay Wa al-Riba karangan Syeikh Abdul Qadir Bayas merupakan sebuah karya fiqh yang dihasilkan di Alam Melayu yang hanya membicarakan sebahagian topik dalam fiqh muamalat. Ia belum pernah diterbitkan dalam bentuk penerbitan moden. Keistimewaannya terserlah pada pemilihan topik serta penyusunan isi kandungannya, di samping penggunaan sumber-sumber yang berautoriti dalam perundangan Islam. Beberapa perbahasan dan isu terpilih dipaparkan untuk membuktikan penggunaan konsep maslahah dalam pelaksanaan hukum. Akhir sekali, kajian terhadap teks-teks terpilih menunjukkan pelbagai perbezaan dan ralat yang perlu diperjelaskan walaupun ia tidak mencacatkan nilai dan keistimewaan karya ini. Kitab ini sesuai dinobatkan sebagai salah satu warisan berharga kepunyaan negeri Terengganu Darul Iman khususnya dan Alam Melayu umumnya, melihat kepada latar belakang, sejarah penulisan, buah fikiran, serta pendekatan yang diterapkan oleh pengarangnya.
Physical Description:xx, 511 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 497-511) and index