Mesej dakwah kepada pembesar negara: analisis terhadap surat-surat Nabi Muhammad S.A.W.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti mesej-mesej dakwah kepada golongan pembesar berdasarkan dakwah para nabi a.s secara umumnya dan dakwah Nabi Muhammad SAW secara khususnya. Penekanan utama adalah kepada dakwah Nabi SAW kepada golongan pembesar melalui metode murasalah. Mesej-mesej dakwah yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zawawi Yusoff (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti mesej-mesej dakwah kepada golongan pembesar berdasarkan dakwah para nabi a.s secara umumnya dan dakwah Nabi Muhammad SAW secara khususnya. Penekanan utama adalah kepada dakwah Nabi SAW kepada golongan pembesar melalui metode murasalah. Mesej-mesej dakwah yang terkandung di dalam surat-surat Nabi SAW kepada golongan pembesar akan dianalisis untuk mengetahui pelbagai aspeknya secara terperinci dan mendalam. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan kepentingan dakwah kepada golongan pembesar yang menjadi antara faktor utama kejayaan dakwah Nabi S.A.W sama ada di peringkat Mekah mahupun Madinah dan dakwah di Nusantara. Namun demikian dakwah kepada golongan pembesar agak sukar disebabkan beberapa faktor tertentu yang juga akan dijelaskan dalam kajian ini berdasarkan keterangan al-Quran. Aplikasi metode dakwah yang sesuai kepada golongan sasar merupakan faktor utama kejayaan dakwah Nabi SAW kepada golongan pembesar. Antara aspek kesesuaian metode dakwah tersebut ialah kesesuaian mesej dengan golongan sasar. Manakala, mesej dakwah yang sesuai kepada golongan sasar hanya dapat dikenalpasti dengan mengetahui situasi dan latarbelakang golongan sasar tersebut. Justeru, kajian ini juga bertujuan memahami golongan pembesar dari pelbagai aspek bagi menjustifikasikan kesesuaian mesej-mesej dakwah Nabi SAW kepada golongan pembesar.
Physical Description:309 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 293-309)