Implikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan undang-undang tubuh kerajaan Johor 1312 (1895)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ) telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Perlembagaan ini dianggap oleh sarjana sebagai satu daripada pemodenan Kerajaan Johor. Pemodenan yang dilakukan dalam era Sultan Abu Bakar berkait rapat dengan hubungan luar Johor t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanif Md Lateh @ Junid (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 03291cam a2200277 7i4500
001 0000090423
005 20191217090000.0
008 170302s2017 my may
050 0 0 |a BP173.6 
090 0 0 |a BP173.6   |b .H36 2017 
100 0 |a Hanif Md Lateh @ Junid   |e author  
245 1 0 |a Implikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan undang-undang tubuh kerajaan Johor 1312 (1895)   |c Hanif Md Lateh@Junid. 
264 0 |c 2017. 
300 |a xv, 440 leaves:   |b illustration;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017 
504 |a Includes bibliographical references (p. 340-353) 
520 |a Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ) telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Perlembagaan ini dianggap oleh sarjana sebagai satu daripada pemodenan Kerajaan Johor. Pemodenan yang dilakukan dalam era Sultan Abu Bakar berkait rapat dengan hubungan luar Johor terutamanya dengan pihak British. Bagaimanapun, UTKJ bukan sahaja dikaitkan dengan British, tetapi turut disepadankan denga Riau, Turki dan Islam. Oleh itu, kontradiksi pandangan sarjana tentang sumber UTKJ diselesaikan dengan menentukan sumber sebenar penggubalan UTKJ. Penentuan ini menggunakan hubungan luar sebagai indikator yang mengabsahkan sumber tersebut. Kajian bermatlamat membahaskan pandangan sarjana tentang sumber UTKJ. Seterusnya, kajian bertujuan mencerakinkan sumber penggubalan serta menyimpulkan hubungan luar Johor dari sudut kesepadanan dan impak terhadap pembentukan UTKJ. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengaplikasi reka bentuk analisis kandungan (content analysis) dan kajian sejarah (historicl study). Data kajian ialah dokumen sumber primer, iaitu teks Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen arkib. Kajian juga menggunakan penulisan primer dan sekunder sistem politik Melayu, British, Arab-Islam dan Riau. Manakala bagi tujuan pengesahan data kajian, teks UTKJ telah melalui proses kritikan luaran dan dalaman. Selanjutnya, proses analisis bahagian sumber penggubalan melibatkan ujian kesepadanan 69 item yang dibina dengan sumber Arab-Islam-Melayu, British dan Riau. Kajian telah mengaplikasi tatacara komparatif bagi menganalisis kesepadanan dan impak hubungan luar terhadap penggubalan UTKJ. Keseluruhannya, kajian mendapati sumber Arab-Islam-Melayu dan Riau menjadi asas utama UTKJ. Kajian turut mendapati hubungan luar Johor semasa era Sultan Abu Bakar memberi sumbangan signifikan terhadap penggubalan UTKJ. Dengan itu, kesepadanan dan impak hubungan luar era Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan UTKJ adalah sangat jelas. Keseluruhannya, kajian ini menyelesaikan kontradiksi sarjana tentang sumber yang membentuk UTKJ dan sekaligus mengesahkan hubungan luar sebagai indikator penggubalannya. 
610 2 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia --   |x Dissertations  
650 0 |a Dissertations, Academic  
650 0 |a Islam and the state --   |x History --   |z Malaysia --   |z Johor  
650 0 |a Islamic law --   |x History --   |z Malaysia --   |z Johor  
710 2 |a Universiti Kebangsaan Malaysia  
999 |a 1000167824  |b Thesis  |c Reference  |e Badak Thesis Collection