التناص في ديوان "سير القلب" للشيخ أبراهيم انياس

Al-Tanas (intertekstualiti) ialah satu fenomena sastera lama yang baru muncul dalam bidang kritikan moden di Barat dan Timur. Al-Tanas merujuk kepada hubungan secara langsung atau tidak langsung antara teks baru dengan teks yang lain, sarna ada dengan teks yang telah dihasilkan sebelumnya atau teks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hafizu Mustafa Sani (Author)
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Tanas (intertekstualiti) ialah satu fenomena sastera lama yang baru muncul dalam bidang kritikan moden di Barat dan Timur. Al-Tanas merujuk kepada hubungan secara langsung atau tidak langsung antara teks baru dengan teks yang lain, sarna ada dengan teks yang telah dihasilkan sebelumnya atau teks konternporari. Definisi ini menunjukkan kewujudan hubungan antara al-Tanas dengan beberapa topik balaghah (ilmu retorik Arab) seperti al-sariqah al-shi'riyyah, al-iqtibas dan al-tadmin. Oleh itu, sebahagian ilmuan dalam bidang sastera Arab berpendapat bahawa al-Tanas berasal daripada kritikan sastera Arab, manakala sebahagian lagi cenderung mengatakan bahawa alTanas ialah suatu ilmu yang bebas berdiri dengan sendiri. Justeru, kajian ini mengkaji konsep al-Tanas dengan melihat pendapat yang lebih diterima antara kedua-dua pendapat tersebut. Sekali pun 'Diwan Sayr al-Qalb ' telah ditulis oleh Sheikh Ibrahim Inyas, seorang pengarang berbangsa Afrika, kitab ini kaya dengan manifestasi keindahan sastera dan retorika Arab, termasuklah al-Tanas. Kajian ini bertujuan mengenal pa ti asal u ul al-tanas dalam arena kritikan sastera Arab. J u teru, 'Diwun Sayr al-Qalb' telah dipilih sebagai model untuk mengekstrak fenomena al-Tanas bagi mengenal pasti sumbernya yang asli di dalam antologi tersebut, selain mengetengahkan surnbangan al-Tanas dalam mencantikkan bahasa yang digunakan oleh pengarang serta keupayaan al-Tanas untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Ini akan membantu pelajar Madaris Dihliiiyyah yang menjadikan antologi ini sebagai alat pembelajaran bahasa Arab, selain membantu para penyelidik yang ingin menjadikan antologi ini sebagai kajian ilrniah mereka. Kajian ini menganalisis kandungan dan menghurai fenomena berkaitan al- Tanas di dalam antologi berkenaan secara deskriptif dan induktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intertekstualiti berasal daripada kesusasteraan Arab, terutamanya daripada ilmu kritikan balaghah Arab. Kajian ini juga mendapati bahawa kandungan buku yang dipilih mengandungi unsur-unsur intertekstualiti daripada al-Quran, puisi Arab dan hadis serta peribahasa Arab yang digunakan oleh penulis untuk mencantikkan bahasa dan memudahkan proses memperluaskan mesejnya.