الصناعة الحديثية في كتاب الأربعين التيمية للأمام ابن تيمية

Periwayatan hadith berrnula sejak awal kemunculan Islam dan diteruskan kesinambungannya oleh para ilmuan Islam yang memberi tumpuan kepada usaha penulisan dan pembukuan. Karya Al-Arba'un al-Taimiyyah adalah antara contoh penerusan aktiviti periwayatan secara bersanad selepas zaman pembukuan kol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasiru Dauda Kiru (Author)
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 03660cam a2200229 7i4500
001 0000093652
005 20200723090000.0
008 170808s2015 my ara
040 |a UniSZA 
050 0 0 |a BP135.A1 
090 0 0 |a BP135.A1   |b .N37 2016 
100 0 |a Nasiru Dauda Kiru   |e author  
245 1 0 |a الصناعة الحديثية في كتاب الأربعين التيمية للأمام ابن تيمية   |c Nasiru Dauda Kiru. 
264 0 |c 2015. 
502 |a Thesis (Degree of Master of Islamic Studies) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2015 
520 |a Periwayatan hadith berrnula sejak awal kemunculan Islam dan diteruskan kesinambungannya oleh para ilmuan Islam yang memberi tumpuan kepada usaha penulisan dan pembukuan. Karya Al-Arba'un al-Taimiyyah adalah antara contoh penerusan aktiviti periwayatan secara bersanad selepas zaman pembukuan koleksi hadith. Nilai terbesar pada karya ini ialah pada sanad-sanad hadith yang menghimpunkan nama-nama perawi dalam sanad generasi mutakhir, namun ia kurang diberi perhatian dalam lapangan biografi perawi hadith sebagaimana nasib karya-karya hadith yang menghimpunkan sanad-sanad generasi mutakhir yang lain. Hadith-hadith yang dipilih juga mengandungi makna-makna yang signifikan dalam lapangan akidah,syariah,akhlak,pendidikan dan keperibadian yang sempurna. Kajian ini bertujuan untuk menekuni secara lebih dekat metodologi kajian sanad dan juga menganalisa isu-isu berkaitan kandungan matan hadith. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang dianalisis secara deskriptif persejarahan untuk menganalisa latar belakang perawi-perawi dalam usaha mengenal pasti kedudukan mereka menurut pertimbangan ulama' hadith serta memberi status hukum dan keputusan muktamad bagi nilaian sesuatu hadith. Kajian ini juga menggunakan metodologi analisis kandungan untuk menganalisa kandungan matan yang bermula dengan kupasan dari sudut literalistik sehinggalah perbincangan isu-isu tradisi dan kontemporari yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa periwayatan hadith adalah fenomena tersendiri yang memiliki keistimewaan dan kesenian setelah merentasi sejarah yang panjang dengan mendapat sumbangan dari pelbagai kepakaran dan kemahiran demi memelihara sunnah nabawiah. Seterusnya kajian membuktikan bahawa semua koleksi hadith ini adalah sahih dan bersambung sanad tanpa terputus. Sanad tertinggi mengandungi sembilan perawi sementara yang terendah ada tiga belas perawi. Di bahagian permulaan sanad-sanad di dalam koleksi ini, kebanyakan perawinya dari Syiria dan Baghdad. Sementara bahagian keduanya pula adalah dari pelbagai daerah geografi. Hasil kajian juga mendapati kandungan koleksi hadith pula meliputi pelbagai lapangan ilmu pengetahuan dan kehidupan. Nilai-nilai utama Islam diberi perhatian khusus seperti prinsip-prinsip akidah seperti kepatuhan kepada Allah dan Rasulullah saw serta keirnanan kepada rasul-rasul dan hari kiamat. Juga merangkumi persoalan maqasid syariah dan maslahat kehidupan serta menolak kerosakan dalam soal ibadat, muamalat dan lain-lain. Kajian seterusnya mencadangkan supaya diberi perhatian kepada karya-karya hadith yang ditulis oleh ahli hadith mutakhir selepas zaman pembukuan dan kurun keemasan pengumpulan hadith kerana sanad dan matannya masih mempunyai nilai kesenian dan teknik periwayatan yang membentuk fenomena yang tersendiri. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies  
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Dissertations  
650 0 |a Hadith  
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin  
999 |a 1000171131  |b Thesis  |c Reference  |e Badak Archive Collection