Pengalaman ajaran Islam dalam kalangan saudara Cina Muslim di Kuantan, Pahang
Peratus kehadiran saudara Cina Muslim (SCM) ke kelas agama yang dianjurkan oleh pihak berwajib scperti Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kcbajikan Islam Malaysia (PERKJM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) adalah tidak mernuaskan. Perkara ini telah rnenirnbulkan persoalan,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peratus kehadiran saudara Cina Muslim (SCM) ke kelas agama yang dianjurkan oleh pihak berwajib scperti Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kcbajikan Islam Malaysia (PERKJM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) adalah tidak mernuaskan. Perkara ini telah rnenirnbulkan persoalan, sejauh manakah pengamalan ajaran Islam mereka memandangkan pengamalan mereka yang masih baharu, pengelahuan yang terhad, kemah iran agama yang perlu dipertingkatkan, rnalah terdapat juga SCM berhasrat untuk keluar daripada agama Islam. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor SCM menganut Islam di samping mengenal pasti tahap sambutan program agama dalam kalangan mereka. Kajian ini juga untuk mengkaji tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan mereka serta menganalisis masalah-masalah yang dihadapi setelah mereka menganut Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut. kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan pemerhatian secara langsung dan soal selidik sebagai alat kajian. Teknik persampelan bertujuan terhadap soal selidik melibatkan 110 orang SCM di daerah Kuantan manakala temu bual melibatkan tiga orang wakil agensi dan 10 orang wakil SCM. Data yang diperolehi menerusi temu bual dan pemerhatian telah dianalisis menggunakan perisian Atlas ti7 manakala data soal selidik pula dianalisis menggunakan SpSS 20.0. Kajian ini mendapati, faktor-faktor utama SCM di daerah Kuantan menganut agama Islam ialah faktor akhlak, diikuti faktor bacaan dan yang terakhir faktor perkahwinan. Kajian juga rnendapati bahawa, tahap sambutan mereka terhadap program agama Islam adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa, tahap pcngamalan agama Islam dalam kalangan SCM daerah Kuantan adalah baik. Dapatan turut menunjukkan bahawa permasalahan yang dihadapi oleh SCM di daerah Kuantan ialah masalah dengan ahli keluarga, penerimaan masyarakat Islam dan masalah diri sendiri. Implikasi kajian mendapati, peranan MACMA, PERKIM dan JAIl' sangat penting dalam membantu SCM ini menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan lebih baik. Mewajibkan kehadiran kelas agama dalam tempoh tertentu adalah penting bagi memastikan SCM dapat mernahami dan mengamalkan ajaran agama Islam seluruhnya. Diri seorang SCM juga perlu untuk terus istiqamah dan mengaplikasikan kehidupan berlandaskan syariat Islam. |
---|---|
Physical Description: | xxi, 287 leaves; 31 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (leaves 240-248) |