Penilaian pelaksanaan program pemulihan akhlak di Sekolah Tunas Bakti

Program pemulihan akhlak (PPA) merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial bagi memulihkan akhlak individu yang telah melakukan kesalahan. Namun di Malaysia, dilihat timbulnya permasalahan berkaitan kurangnya keberkesanan pelaksanaan PPA. Objektif kajian ini adalah untuk menilai PPA di Sekolah Tunas B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hezzrin Mohd Pauzi (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program pemulihan akhlak (PPA) merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial bagi memulihkan akhlak individu yang telah melakukan kesalahan. Namun di Malaysia, dilihat timbulnya permasalahan berkaitan kurangnya keberkesanan pelaksanaan PPA. Objektif kajian ini adalah untuk menilai PPA di Sekolah Tunas Bakti (STB) dengan menggunakan Model lPP (Input-Process-Producti daripada perspektif pelaksana dan pelatih. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk campuran iaitu reka bentuk penjelasan berturutan. Kajian ini telah dijalankan di STB Taiping (Perak), STB Teluk Air Tawar (pulau Pinang), STB Marang (Terengganu) dan STB Sungai Lereh (Melaka). Dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan, sampel kajian kuantitatif memilih 95 pelaksana, manakala kajian kualitatif melibatkan lapan pelaksana dan sembilan pelatih yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan soal selidik STB lPP yang mengandungi lapan instrumen. Soal selidik ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kajian lepas dan adaptasi soal selidik pengkaji terdahulu. Nilai kebolehpercayaan lnstrumen-instrumcn dalam soal selidik ini adalah antara 0.82 hingga 0.92. Hasil kajian menunjukkan skor min dimensi input (kemudahan fizikal, kemahiran pelaksana dan sikap pelaksana) berada tahap sederhana. Dimensi proses (hubungan baik pelaksana dengan pelatih, pelaksanaan aktiviti, pemantauan dan penilaian) masing-masing menunjukkan skor min berada tahap tinggi. Dimensi produk (pembangunan pelatih positif) menunjukkan skor min berada tahap sederhana. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan bagi semua pemboleh ubah bebas dengan pembangunan pelatih positif. Analisis regresi berganda menunjukkan hanya kemudahan fizikal, sikap pelaksana, penilaian dan pelaksanaan aktiviti menyumbang kepada pembangunan pelatih positif. Dapatan kualitatif pula dianalisis secara tematik daripada perspektif pelaksana dan pelatih. Bagi dimensi input, terdapat 7 sub-tern a yang membentuk 10tema utama. Bagi dimensi proses, terdapat 12 sub-tema yang membentuk 13 tema utama. Dimensi produk pula terdapat lima sub-tern a yang membentuk dua tema utama. Terdapat beberapa penjelasan yang bercanggah antara dua kelompok informan ini terutamanya dari aspek sikap pelaksana dan hubungan baik pelaksana dengan pelatih. Hasil kajian kualitatif mencadangkan penambahbaikan dari aspek penyediaan kemudahan fizikal, sikap pelaksana, kemahiran pelaksana dan sokongan pentadbiran kerja sosial. Penemuan utama kajian ini adalah elemen-elemen baharu yang dimasukkan dalam adaptasi Model (PP kajian Ialtu sokongan pentadbiran kerja sosial dan intervensi-intervensi untuk pelatih, pelaksana dan Sekolah Tunas Bakti. Kajian ini seterusnya memberi implikasi-implikasi kepada tiga aspek iaitu dari segi teoritikal, polisi dan praktikal.
Physical Description:xviii, 371 leaves; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 344-364)