Keberkesanan modul psikospiritual (i-QALBU) bagi penagihan opiat dalam kalangan klien terapi gantian metadon (TGM)
Jumlah kes penagihan dadah di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan majoriti penagih dadah adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Salah satu rawatan yang berjaya adalah Terapi Gantian Metadon (TGM). Walau bagaimanapun, sehingga kini didapati rawatan TGM tidak meliputi aspek psikos...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Subjects: | |
Tags: | Add Tag |
LEADER | 04462cam a2200325 7i4500 | ||
---|---|---|---|
001 | 0000099256 | ||
005 | 20210415090000.0 | ||
008 | 200921s2020 my may | ||
040 | |a UniSZA | ||
060 | 0 | 0 | |a WB 365 |b Z94e 2020 |
090 | 0 | 0 | |a WB 365 |b Z94e 2020 |
100 | 1 | |a Zulfa Izza Mohamed @ Hashim |e author | |
245 | 0 | 0 | |a Keberkesanan modul psikospiritual (i-QALBU) bagi penagihan opiat dalam kalangan klien terapi gantian metadon (TGM) |c Zulfa Izza Mohamed @ Hashim. |
264 | 0 | |c 2020. | |
300 | |a 426 leaves: |b illustrations (some colour); |c 30 cm. | ||
336 | |a text |2 rdacontent | ||
337 | |a unmediated |2 rdamedia | ||
338 | |a volume |2 rdacarrier | ||
502 | |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 | ||
504 | |a Includes references (leaves 202-223) | ||
505 | 0 | |a 1. Pengenalan -- 2. Kajian Literasi -- 3. Metodologi -- 4. Dapatan Kajian -- 5. Perbincangan dan Kesimpulan | |
520 | |a Jumlah kes penagihan dadah di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan majoriti penagih dadah adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Salah satu rawatan yang berjaya adalah Terapi Gantian Metadon (TGM). Walau bagaimanapun, sehingga kini didapati rawatan TGM tidak meliputi aspek psikospiritual secara sistematik. Tambahan pula, kebanyakan klien TGM menyatakan tahap spiritual mereka semakin rendah selepas terlibat dengan ketagihan. Oleh itu, satu modul intervensi yang lebih komprehensif diperlukan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti komponen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan pengagihan opiat, membina modul psikospiritual, menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul serta menguji keberkesanan modul bagi rawatan penagihan opiat. Kaedah temubual dan kajian lapangan telah dijalankan untuk mengenalpasti elemen psikologi dan spiritual yang diperlukan dalam rawatan pemulihan pengagihan opiat untuk diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Seterusnya intervensi terapi kumpulan telah dijalankan dengan menggunakan modul ini selama 6 bulan melalui teknik kaunseling kelompok, observasi dan praktikal. Seramai 70 orang klien TGM terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan modul di ukur melalui penilaian parameter psikologi dan spiritual sebelum dan selepas intervensi ke atas kumpulan intervensi (n=35) dan kumpulan kawalan (n=35) dengan menggunakan analisa pengukuran berulangan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan komponen yang dikenalpasti dalam rawatan adalah psikologi (kesan penagihan opiat, pengurusan tekanan, cara membuat keputusan dan motivasi diri) dan spiritual (kepercayaan/pergantungan kepada Allah, solat, membaca Al-Qur'an, amalan berzikir dan pengamalan akhlak mulia). Dapatan ini telah diterapkan sebagai kandungan modul selari dengan teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Komponen spiritual adalah terapi taubat, sabar, syukur, khauf dan raja'. Nilai kesahan kandungan modul adalah sebanyak 96%. Nilai konsistensi dalaman pula menunjukkan nilai pekali alfa cronbach sebanyak 0.85. Analisa keberkesanan terapi menggunakan modul ini menunjukkan terdapat interaksi yang signifikan bagi masa (sebelum dan selepas intervensi) dan kumpulan (intervensi dan kawalan) bagi parameter psikologi iaitu kemurungan (p<0.0001), kerisauan (p=0.002), kualiti hidup (p<0.0001) dan harga diri (p<0.0001) serta parameter spiritual iaitu kepatuhan diri kepada agama (p=0.03), amalan ibadat (p<0.001) dan pengamalan akhlak mulia (p=0.026). Kesimpulannya, modul psikospiritual telah dibina dengan menerapkan konsep penyucian jiwa dengan elemen taubat, sabar, syukur, khaud dan raja' yang merupakan antara teori pemikiran tasawuf al-Ghazali. Modul ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Intervensi menggunakan modul psikospiritual ini berkesan meningkatkan tahap amalan ibadat, kepatuhan diri kepada agama, pengamalan akhlak mulia, tahap kualiti hidup dan harga diri klien. Selain itu, modul ini dapat mengurangkan tahap kemurungan dan kerisauan klien. | ||
610 | 0 | 0 | |a Universiti Sultan Zainal Abidin -- |x Faculty of Medicine |
610 | 0 | 0 | |a Universiti Sultan Zainal Abidin -- |x Dissertations |
650 | 0 | |a Dissertations, Academic | |
650 | 0 | |a Substance-Related Disorders | |
650 | 0 | |a Biological Therapy | |
650 | 0 | |a Opioid-Related Disorders | |
710 | 2 | |a Universiti Sultan Zainal Abidin | |
999 | |a 1000180261 |b Thesis |c Reference |e Medical Bibliographic & Index Unit |