Kajian keberkesanan program terapi gantian metadon dalam mengurangkan tingkah laku negatif dalam rumahtangga pengguna opiat di Kuala Terengganu

Penggunaan opiat yang tidak terkawal adalah berkait rapat dengan peningkatan jenayah. Jenayah yang berlaku di kalangan pengguna opiat antaranya adalah keganasan rumahtangga. Institusi keluarga menjadi porak peranda dan kehidupan bermasyarakat juga rosak. Walaubagaimanapun, terdapat kurang penekanan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isaacs, Victor, Dato' (Author)
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
LEADER 04544cam a2200313 7i4500
001 0000099459
005 20210418090000.0
008 201025s2020 my may
040 |a UniSZA 
060 0 0 |a QV 89  |b I73k 2020 
090 0 0 |a QV 89   |b I73k 2020 
100 0 |a Isaacs, Victor,   |c Dato'   |e author  
245 0 0 |a Kajian keberkesanan program terapi gantian metadon dalam mengurangkan tingkah laku negatif dalam rumahtangga pengguna opiat di Kuala Terengganu   |c Dato' Victor Isaacs. 
264 0 |c 2020. 
300 |a xv, 161 leaves:   |b ill (some col);   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Sains) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes references (leaves 149-156) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Tinjauan Literatur -- 3. Metodologi -- 4. Keputusan -- 5. Perbincangan 
520 |a Penggunaan opiat yang tidak terkawal adalah berkait rapat dengan peningkatan jenayah. Jenayah yang berlaku di kalangan pengguna opiat antaranya adalah keganasan rumahtangga. Institusi keluarga menjadi porak peranda dan kehidupan bermasyarakat juga rosak. Walaubagaimanapun, terdapat kurang penekanan intervensi rawatan yang dilakukan kepada pasangan dan keluarga penagih opiat kerana kurang maklumat berkaitan faktor-faktor yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga. Ini menyebabkan pemulihan yang menyeluruh tidak dilakukan dengan berkesan. Setakat ini, kajian mengenai kaitan kebergantungan opiat dan tingkah laku negatif dalam rumahtangga tidak banyak dilakukan menyebabkan tiada perhatian dan tindakan yang berkesan daripada pihak berwajib. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku negatif dalam kalangan penagih opiat serta perubahan min di antara tingkah laku negatif dalam rumahtangga oleh penagih opiat selepas menjalani rawatan TGM berbanding sebelum menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal dan Pusat Komuniti Saadah. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan masalah yang timbul di kalangan keluarga pengguna opiat. Kaedah kajian keratan lintang telah dijalankan dalam tempoh enam bulan ke atas pengguna opiat (n=90) yang sedang menerima rawatan TGM di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal dan Pusat Komuniti Saadah dengan menggunakan satu set borang soal selidik berhubung dengan tingkah laku negatif dalam rumahtangga. Analisis deskriptif dan ujian-t digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kuantitatif. Data analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Terdapat perubahan min yang signifikan di antara beberapa persepsi dan kelakuan negatif dalam rumahtangga oleh penagih opiat sebelum menjalani rawatan TGM berbanding selepas menjalani rawatan (P<0.05), terutamanya persepsi mereka bahawa keganasan rumahtangga adalah jenayah, tingkah laku pasangan yang semakin baik terhadap responden serta penambahbaikan tingkah laku negatif responden sendiri dalam rumahtangga (min antara 2.33 hingga 3.65). Analisis data menunjukkan kebanyakan pengguna opiat mula mengambil dadah sebelum berkahwin (86%). Sejarah penderaan bukanlah faktor utama terhadap tingkah laku negatif responden di dalam rumahtangga kerana hampir 80% keputusan analisis menunjukkan mereka tidak mempunyai sejarah penderaan. Sebaliknya, tingkah laku negatif adalah berpunca daripada diri penagih sendiri seperti memukul pasangan (94%), tidak membenarkan pasangan melakukan apa yang dia mahu (97%), serta merasa puas apabila melakukan keganasan rumahtangga (97%) dan menganggap keganasan terhadap pasangan sebagai satu gurauan (98%). Terdapat juga responden yang memaksa pasangan melakukan seks (71%) dan mengugut untuk membunuh pasangan (85%). Majoriti responden bersetuju mengatakan bahawa pengaruh dadah memberikan perasaan tidak baik mereka terhadap pasangan. Penggunaan opiat mempunyai pengaruh yang besar ke atas kelakuan negatif dalam rumahtangga yang boleh menjurus kepada keganasan rumahtangga. Oleh itu, langkah yang drastik dan sewajarnya perlu dilakukan oleh pihak berwajib untuk menangani faktor-faktor utama dalam penglibatan ketagihan dadah bagi membendung keganasan rumahtangga. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Faculty of Medicine  
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Dissertations  
650 0 |a Methadone  
650 0 |a Opioid-Related Disorders  
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin  
999 |a 1000180718  |b Thesis  |c Reference  |e Medical Bibliographic & Index Unit