Kesalahan-kesalahan makan dan minum pada siang hari bulan ramadan di bawah peruntukan akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi penggal : 77 negara Brunei Darussalam /
Latihan kerja kursus ini adalah merupakan satu kajian yang ditumpukan kepada kesalahan-kesalahan makan dan minum di khalaysk pada siang hari bulan Ramadan dalam Undang-undang Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 yang secara khusus diperuntuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
Gombak, Selangor :
International Islamic University Malaysia,
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | Click here to view 1st 24 pages of the thesis. Members can view fulltext at the specified PCs in the library. |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan kerja kursus ini adalah merupakan satu kajian yang ditumpukan kepada kesalahan-kesalahan makan dan minum di khalaysk pada siang hari bulan Ramadan dalam Undang-undang Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 yang secara khusus diperuntukkan dalam bab 173 akta tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau mengenai peruntukan bab 173 "Makanan dalam bulan Ramadan" yang meliputi perlaksanaannya, pentadbiran, prosedur mahkamah dan juga dikaitkan dengan peruntukan dalam melihat anak bulan dan mensabitkan permulaan bulan Ramadan yang terdapat dalam akta yang sama, seterusnya untuk mengetahui keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan ini di Negara Brunei Darussalam. Dalam penulisan ini, penulis telah membahagikan perbinvangan kepada tiga bab dengan tajuk-tajuk khusus dan pada setiap bab itu terdapat pula tajuk-tajuk kecil yang berhubungkait dengan tajuk asas berkenaan. Pembahagian itu adalah seperti berikut: Dalam Bab Pertama, penulis telah menjelaskan mengenai "Puasa Dalam Perundangan Islam" yang meliputi takrif Puasa, hukum dan pensyariatannya, rukun, syarat, keharusan berbuka puasa dan hukum orang yang meninggalkan puasa. Dalam Bab Kedua, penjelasan dijuruskan kepada "Puasa Dalam Peruntukan Perundangan Negara Brunei Darussalam" untuk melihat dari segi perlaksanaan dan perkembangan Undang-undang Islam di Negara Brunei Darussalam sehingga terbentuknya Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 dengan menyentuh secara khusus kesalahan-kesalahan makan dan minum di khalayak ramai pada siang hari bulan Ramadan yang disebutkan dalam peruntukan bab 173 "Makanan Dalam Bulan Ramadan", prosedur penangkapan, penyiasatan dan perbicaraannya dan juga menerangkan mengenai prosedur melihat anak bulan dan pensabitan puasa di Negara Brunei Darussalam. Dalam Bab Ketiga, penulis selanjutnya menghuraikan mengenai "Keberkesanan Perlaksanaan Peruntukan Bab 173 Dan Masalah Yang Dihadapi" dalam perlaksanaannya. Dari sudut ini penulis cuba membawakan kepentingan-kepentingan perlaksanaan peruntukan ini, keberkesanannya dan mengemukakan beberapa cadangan sebagai langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan yang berkaitan. Pada akhir penulisan kajian ini adalah merupakan penutup dan satu kesimpulan secara keseluruhan dari apa yang telah dihuraikan dalam kajian ini. |
---|---|
Item Description: | Abstracts in Malay "Kertas Projek ini adalah satu latihan ilmiah untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam."--On t.p. |
Physical Description: | xii, 58 leaves : illustrations ; 30cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (leaves 56-58) |