Pembentukan generasi Ulul Albab melalui pendekatan psikologi dakwah: analisis teks Kitab Tafsir Al- Azhar karangan Hamka / Mohd Azmani Firdaus Abd Razak Husin
Ulul Albab merupakan sebuah generasi berakhlak dan memiliki kualiti yang baik menurut al-Quran. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri positif seperti kumpulan Ulul Albab merupakan suatu matlamat yang ingin dicapai dalam Islam. Terdapat 16 ayat di dalam al-Quran yang menyebut tentan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107205/1/107205.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ulul Albab merupakan sebuah generasi berakhlak dan memiliki kualiti yang baik menurut al-Quran. Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri positif seperti kumpulan Ulul Albab merupakan suatu matlamat yang ingin dicapai dalam Islam. Terdapat 16 ayat di dalam al-Quran yang menyebut tentang kisah berkaitan generasi Ulul Albab daripada sudut latarbelakang sejarah dan akhlak serta keimanan yang dimiliki kumpulan ini. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah yang digunakan oleh HAMKA dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang kompeten menurut tafsir al-Azhar, mengkaji penafsiran HAMKA terhadap ayat-ayat berkaitan Ulul Albab dalam al-Quran dan membina sebuah model yang kompeten dalam melahirkan generasi Ulul Albab berdasarkan tafsiran HAMKA dalam kitab tafsir al-Azhar. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan berteraskan kepada kajian perpustakaan dan dokumentasi teks tafsir al-Azhar karangan HAMKA. Penyelidik menggunakan analisis secara deskriptif untuk menganalisis dokumen tafsir al-Azhar dan membentuk model Ulul Albab mengikut tafsiran HAMKA. Oleh demikian, dalam usaha untuk membangunkan generasi Ulul Albab yang kompeten, satu model dibina bersandarkan kepada tafsiran HAMKA dalam kitab tafsir al-Azhar bagi membangunkan generasi masyarakat dan individu yang hebat selaras dengan keperluan era kontemporari. Berdasarkan daripada model yang dibina, Malaysia dapat melahirkan lapisan generasi yang berfikiran kritis meliputi perspektif aqliyah dan naqliyah berlandaskan psikologi dakwah melalui lima elemen penting yang dianalisis daripada kitab tafsir Al-Azhar. |
---|