Pendekatan dakwah guru pembimbing asnaf mualaf dalam Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM) di Selangor / Raba’ahadawiah Ahmad @ Yunus

Pendekatan dakwah Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) terhadap golongan mualaf kendalian Lembaga Zakat Selangor (LZS) diaplikasikan melalui Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM). Ia merupakan tunjang utama dalam proses mendidik mereka memahami asas pengetahuan Islam. Terdapat kelemahan dari pihak GPAM yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad@Yunus, Raba’ahadawiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/107288/1/107288.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan dakwah Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM) terhadap golongan mualaf kendalian Lembaga Zakat Selangor (LZS) diaplikasikan melalui Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM). Ia merupakan tunjang utama dalam proses mendidik mereka memahami asas pengetahuan Islam. Terdapat kelemahan dari pihak GPAM yang kurang menguasai kemahiran penyampaian dakwah yang berkesan dan kurang terdedah dengan teknik-teknik untuk menarik minat pelajar dalam memahami pembelajaran dalam kelas. Kajian ini akan mengenalpasti konsep dakwah GPAM dalam KFAM di negeri Selangor. Menganalisis juga pendekatan dakwah yang digunakan oleh GPAM melalui KFAM. Selain itu, mencadangkan penambahbaikan terhadap pendekatan dakwah KFAM di negeri Selangor. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan yang merangkumi sumber primer dan sekunder. Temu bual semi struktur dilaksanakan terhadap enam ahli akademik yang pakar dalam bidang dakwah mualaf, seorang pegawai bahagian Eksekutif Pembangunan Mualaf dan 10 orang GPAM dari enam kawasan di negeri Selangor. Pemerhatian turut dilakukan. Manakala metod analisis data kajian pula menggunakan kaedah deduktif, induktif, analisis dokumen dan tematik analisis berdasarkan tema-tema tertentu. Hasil kajian ini mendapati bahawa GPAM menggunakan konsep dakwah Rasulullah SAW yang bersifat tura>th seperti dakwah dengan hikmah, qudwah hasanah dan teknik pengulangan. GPAM juga mengaplikasi pendekatan kontemporari seperti dakwah interaktif menggunakan alat bantu mengajar elektronik, teknik kaunseling dan amali di luar kelas. Kajian ini turut mengemukakan strategi terhadap mualaf yang berpotensi menjadi pendakwah. Justeru, diharapkan ia memberi manfaat kepada LZS sebagai garis panduan untuk GPAM secara khusus dalam membimbing mualaf melalui KFAM khususnya di Selangor dengan lebih berkesan.