Kerosakan di skim kawasan perumahan baru / Mohd Faizal Idrus

Rumah adalah keperluan asas yang perlu ada bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan penempatan daripada cuaca dan ancaman yang boleh membahayakan diri. Rumah juga merupakan keperluan peringkat kedua yang mesti dicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Idrus, Mohd Faizal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25765/2/25765.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rumah adalah keperluan asas yang perlu ada bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan penempatan daripada cuaca dan ancaman yang boleh membahayakan diri. Rumah juga merupakan keperluan peringkat kedua yang mesti dicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat yang lebih tinggi dipenuhi. Di Malaysia khususnya, permintaan kepada sektor perumahan amat menggalakkan. Ekoran daripada perkembangan serta permintaan yang amat menggalakan daripada orang ramai kepada sektor perumahan telah menyebabkan pelbagai jenis skim unit perumahan telah didirikan dan dibina mengikut taraf ekonomi pembeli. Tujuannya adalah untuk membantu rakyat di negara ini agar mereka dapat memiliki rumah idaman sendiri mengikut kemampuan mereka di samping untuk mencapai objektif, matlamat serta wawasan negara yang mana pihak kerajaan mahu setiap isi rumah di negara ini memiliki kediaman sendiri. Dengan itu, untuk mencapai hasrat serta wawasan negara pihak kerajaan telah melantik beberapa syarikat pembinaan khasnya untuk membina rumah yang terdiri dari pelbagai jenis dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan ekonomi isi rumah.