Kajian sinografi teater muzikal ibu Zain di istana budaya / Hamzah Mohamed Tahir

Sinografi adalah bersifat visual. Jika ditanya apakah sinografi dalam sesebuah pementasan maka perlulah kita menceritakan tentang set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi. Elemen visual ini mesti bersatu, seragam, berkait, seimbang, lengkap untuk memberi keberkesanan dalam pementasan yang manta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Tahir, Hamzah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44402/1/44402.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sinografi adalah bersifat visual. Jika ditanya apakah sinografi dalam sesebuah pementasan maka perlulah kita menceritakan tentang set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi. Elemen visual ini mesti bersatu, seragam, berkait, seimbang, lengkap untuk memberi keberkesanan dalam pementasan yang mantap. Seni visual ini mestilah berkomunikasi dan berinteraksi kepada penonton. Apabila penonton duduk di auditorium atau panggung, penonton akan menerima satu titik tolak permulaan cerita bila kandungan diatas ruang pentas mula bercerita. Ini semua berlaku sebelum pementasan bermula. Ini bermakna sinografi memainkan peranan yang utama untuk memberi interpretasi penonton terhadap teater yang akan dipentaskan. Penyelidikan, penelitian yang terperinci perlu dijalankan dengan sebaik mungkin sebelum memilih keputusan apa yang perlu dihidangkan kepada penonton. Ini kerana sinografi sesebuah pementasan perlu cepat berkomunikasi. Tidak seperti melihat sebuah lukisan di dalam sebuah galeri, kita boleh duduk berjam-jam untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan oleh pelukis. Pementasan teater biasanya mengambil masa selama dua jam. Dalam durasi masa itu pula terdapat pertukaran babak dan pertukaran set dilakukan. Penonton hanya mempunyai masa yang singkat untuk menghayati sinografi dan mengetahui kemanakah pengarah akan membawa mereka, sebelum mereka menghadapi konflik yang akan dibawa oleh pelakon menerusi dialog. Ini bermakna pereka-pereka artistik memikul peranan yang berat dalam sesebuah produksi. Pereka-pereka artistik ini termasuklah pereka set, pereka kostum, jurusolek, penata cahaya dan sinografer. Sinografer selalunya mengetuai perekapereka artistik yang lain. Sinografer perlu melihat keseluruhan nilai artistik dalam produksi tersebut, melihat dengan jelas pertalian diantaraapa yang dilihat dengan penerimaan penonton dengan apa yang diberikan