Kajian sinografi teater muzikal ibu Zain di istana budaya / Hamzah Mohamed Tahir

Sinografi adalah bersifat visual. Jika ditanya apakah sinografi dalam sesebuah pementasan maka perlulah kita menceritakan tentang set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi. Elemen visual ini mesti bersatu, seragam, berkait, seimbang, lengkap untuk memberi keberkesanan dalam pementasan yang manta...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohamed Tahir, Hamzah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2008
主题:
在线阅读:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44402/1/44402.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Sinografi adalah bersifat visual. Jika ditanya apakah sinografi dalam sesebuah pementasan maka perlulah kita menceritakan tentang set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi. Elemen visual ini mesti bersatu, seragam, berkait, seimbang, lengkap untuk memberi keberkesanan dalam pementasan yang mantap. Seni visual ini mestilah berkomunikasi dan berinteraksi kepada penonton. Apabila penonton duduk di auditorium atau panggung, penonton akan menerima satu titik tolak permulaan cerita bila kandungan diatas ruang pentas mula bercerita. Ini semua berlaku sebelum pementasan bermula. Ini bermakna sinografi memainkan peranan yang utama untuk memberi interpretasi penonton terhadap teater yang akan dipentaskan. Penyelidikan, penelitian yang terperinci perlu dijalankan dengan sebaik mungkin sebelum memilih keputusan apa yang perlu dihidangkan kepada penonton. Ini kerana sinografi sesebuah pementasan perlu cepat berkomunikasi. Tidak seperti melihat sebuah lukisan di dalam sebuah galeri, kita boleh duduk berjam-jam untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan oleh pelukis. Pementasan teater biasanya mengambil masa selama dua jam. Dalam durasi masa itu pula terdapat pertukaran babak dan pertukaran set dilakukan. Penonton hanya mempunyai masa yang singkat untuk menghayati sinografi dan mengetahui kemanakah pengarah akan membawa mereka, sebelum mereka menghadapi konflik yang akan dibawa oleh pelakon menerusi dialog. Ini bermakna pereka-pereka artistik memikul peranan yang berat dalam sesebuah produksi. Pereka-pereka artistik ini termasuklah pereka set, pereka kostum, jurusolek, penata cahaya dan sinografer. Sinografer selalunya mengetuai perekapereka artistik yang lain. Sinografer perlu melihat keseluruhan nilai artistik dalam produksi tersebut, melihat dengan jelas pertalian diantaraapa yang dilihat dengan penerimaan penonton dengan apa yang diberikan