Analisis kepelbagaian fatwa masyarakat di Malaysia; tumpuan fatwa terpilih / Mohd Nazril Saad

Fatwa di Malaysia merupakan suatu ketetapan hukum syarak yang diputuskan oleh institusi fatwa terdiri daripada empat belas Jawatankuasa Fatwa di peringkat negeri dan satu Jawatankuasa di peringkat kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan berlaku kepelbagaian pandangan terhadap fatwa yang diputuskan. E...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saad, Mohd Nazril
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60125/1/60125.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fatwa di Malaysia merupakan suatu ketetapan hukum syarak yang diputuskan oleh institusi fatwa terdiri daripada empat belas Jawatankuasa Fatwa di peringkat negeri dan satu Jawatankuasa di peringkat kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan berlaku kepelbagaian pandangan terhadap fatwa yang diputuskan. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dalam bahagian berkaitan fatwa telah memperuntukkan bahawa fatwa merupakan jawapan terhadap persoalan yang belum dimuktamadkan atau yang menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. Kepelbagaian fatwa mengenai persoalan yang belum dimuktamadkan atau isu-isu baharu merupakan suatu kebiasaan. Namun, kepelbagaian fatwa terhadap persoalan yang menimbulkan kontroversi telah mengundang kekeliruan dan polemik dalam kalangan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepelbagaian fatwa yang dilihat mempunyai perbezaan hukum serta menimbulkan kontroversi dalam masyarakat, faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian fatwa berkenaan dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengharmonikannya. Kajian ini menggunakan dua metode iaitu dokumentasi bagi mengenal pasti fatwa-fatwa berkaitan, dan temu bual seramai lapan orang responden terdiri daripada Mufti, AJK Fatwa serta pakar bidang fatwa berkaitan. Aplikasi berkomputer Atlas.ti 7 turut digunakan bagi menganalisis dan memaparkan dapatan kajian. Sebanyak empat fatwa telah dipilih untuk dianalisis mewakili tiga kategori iaitu akidah, fikah dan akhlak serta dilihat menjadi perbincangan pada masa kini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat reaksi berbeza sama ada positif mahupun negatif terhadap isu kepelbagaian fatwa di Malaysia. Kepelbagaian fatwa ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti kepelbagaian bidang kuasa negeri, kepelbagaian metodologi fatwa, perbezaan kelayakan dan kecenderungan Mufti serta peranan JMKI yang dilihat terhad. Manakala, faktor luaran seperti perbezaan realiti setempat dan penerimaan fatwa dalam kalangan ilmuwan agama itu sendiri. Terdapat empat langkah penambahbaikan yang dicadangkan bagi mengharmonikan kepelbagaian fatwa seperti menyedarkan masyarakat akan kepentingan kepelbagaian fatwa, menyerahkan keputusan kepada JMKI sekiranya isu tersebut melibat peringkat nasional, menghormati dan menerima pakai fatwa di negeri masing-masing dan menambah baik pelantikan Mufti dengan menetapkan kelayakan akademi tertentu.