Citra watak wanita Melayu dalam sinema Melayu klasik era studio: Musang Berjanggut (1959), Siti Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962) / Muhammat Md Noh

Kajian ini membincangkan pemaparan citra watak wanita Melayu dalam tiga buah filem Melayu klasik terbitan era studio, iaitu Musang Berjanggut (1959), Siti Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962). Melalui pengaplikasian konsep gender sebagai sebuah persembahan ataupun "Gender is Performativity...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Noh, Muhammat
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60129/1/60129.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan pemaparan citra watak wanita Melayu dalam tiga buah filem Melayu klasik terbitan era studio, iaitu Musang Berjanggut (1959), Siti Zubaidah (1961) dan Tun Fatimah (1962). Melalui pengaplikasian konsep gender sebagai sebuah persembahan ataupun "Gender is Performativity" oleh Judith Butler, fokus analisis tertumpu kepada tiga watak utama wanita Melayu tradisonal iaitu Puspawangi, Siti Zubaidah dan Tun Fatimah. Konsep gender sebagai sebuah persembahan dianalisa menerusi perspektif adat, budaya tradisional masyarakat Melayu dan agama yang menjadi sandaran kepada pembentukan citra watak dan perwatakan yang dianalisis. Penemuan kajian mendapati pemaparan ketiga-tiga watak utama di dalam teks klasik yang dikaji dipengaruhi oleh adat, budaya tradisional dan agama yang mengekalkan watak stereotaip yang membataskan sifat autonomi dan dominasi wanita tradisional di kalangan masyarakat setempat. Kajian juga turut menemui adat, budaya tradisional Melayu dan agama secara asasnya meraikan sifat semulajadi wanita tradisional yang dilihat dan digambarkan sebagai pasif, namun corak atau pola kedudukan watak dan perwatakan wanita di dalam tiga buah filem yang dikaji sering berubah-ubah bergantung kepada situasi, latar masa, latar tempat berdasarkan keadaan persekitaran mereka. Kesimpulannya, watak wanita yang dikaji bersifat dinamik menyumbang kepada representasi pemaparan wanita Melayu yang lebih progresif dan berperanan sebagai penggerak naratif di dalam filem yang dikaji.