Penghasilan songket, kepenggunaan dan sambutannya dari generasi muda: satu kajiselidik / Muhammad Muslim Darusa

Di dalam membicarakan tajuk tesis ini ianya dapat difahami lagi tentang penjelasan yang berkaitan dengan penggunaan kain tenunan songket dalam dahulu dan juga kini. masyarakat Songket kini bukan sekadar digunakan pada majlis-majlis dan hari hari tertentu sahaja, malah kepenggunaannya telah diperluas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Darusa, Muhammad Muslim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66542/1/66542.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di dalam membicarakan tajuk tesis ini ianya dapat difahami lagi tentang penjelasan yang berkaitan dengan penggunaan kain tenunan songket dalam dahulu dan juga kini. masyarakat Songket kini bukan sekadar digunakan pada majlis-majlis dan hari hari tertentu sahaja, malah kepenggunaannya telah diperluaskan lagi dengan perkembangan industri fesyen kini dan diguna pakai sebagai pakaian seragam oleh beberapa syarikat tertentu. Sesuatu motif atau corak yang terdapat pada songket mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri. Ini kerana sesuatu hasil songket dapat memaparkan kebudayaan masyarakat itu sendiri dalam mewujudkan warisan masyarakat Melayu. Tenunan songket dibuat dalam bentuk yang pelbagai seperti samping. baju pengantin, kain sarung, selendang, pakaian sedondong dan sebagainya dengan menggunakan tulang empat kerat hasil kerjatangan penenun itu sendiri. Pelbagai unsur-unsur motif yang digunakan seperti motif abstrak, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan nama-nama manusia. Penenun mengambil masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu tenunan yang sukar. Berkat kesabaran, ketekunan serta dedikasi penenun dapat menghasilkan sesuatu barangan yang bermutu. Selain dapat memperjelaskan tentang rekacorak tujuan tesis ini juga dibuat untuk melatih di samping dapat mendalami lagi pemikiran daya kreativiti para pelajar terhadap sesuatu bentuk keadaan pada sesuatu kesenian itu. Fakta-fakta yang terkandung juga sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran yang berilmu untuk dinilai bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada semua golongan yang ingin menambahkan pengetahuan terhadap bidang ini. Dalam membuat penyelidikan tentang penghasilan tenunan songket, kaedah penyelidikan tertentu dijalankan. lanya merangkumi pelbagai cara samaada kaedah rujukan dan penyelidikan pada sumber-sumber rujukan seperti majalah, buku-buku dan bahan-bahan lain serta beberapa kaedah kajian yang lain juga turut dijalankan.