Penggunaan motif pucuk rebung pada batik sarung dan songket / Sarinha Elizabeth Zulkifli

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai penggunaan Motif Pucuk Rebung pada batik sarung dan songket. Motif Pucuk Rebung merupakan hiasan utama pada tekstil Melayu yang kini kurang digunakan. Kajian ini membincangkan tentang kewujudan Motif Pucuk Rebung yang semakin jarang digunakan, Pengubahan r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkifli, Sarinha Elizabeth
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66605/1/66605.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai penggunaan Motif Pucuk Rebung pada batik sarung dan songket. Motif Pucuk Rebung merupakan hiasan utama pada tekstil Melayu yang kini kurang digunakan. Kajian ini membincangkan tentang kewujudan Motif Pucuk Rebung yang semakin jarang digunakan, Pengubahan reka corak, peranan pengusaha dan kemampuan motif tradisional tersebut bertahan di alaf moden ini. Dalam menjalankan kajian ini, seramai 10 orang pengusaha batik sarung dan songket telah ditemubual. Di samping itu terdapat beberapa orang yang berkaitan dengan tajuk kajian ini telah membantu memberikan maklumat berkenaan Motif Pucuk Rebung. Lokasi kajian ini tertumpu di Negeri Terengganu dan Kelantan sahaja. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Motif Pucuk Rebung pada batik sarung kurang digunakan hari ini berbanding songket yang masih digunakan. Batik sarung juga mengalami era perubahan yang pesat di mana banyak Motif Pucuk Rebung yang telah diubah serta dari segi reka coraknya menjadi lebih ringkas dan berbentuk geometrik berbeza dengan songket yang masih menggunakan motif tradisional bagi menghiasi kain tenunan tersebut. Pengusaha songket tidak mencipta motif-motif baru bagi menggantikan motif tradisional ini kerana permintaan terhadap motif tradisional begitu tinggi. Penggabungan motif tradisional dengan motif moden juga akan menghasilkan rekacorak yang menarik. Kesedaran dari pihak-pihak tertentu akan dapat mengekalkan motif-motif tradisional khususnya Motif Pucuk Rebung di dalam penghasilan tekstil serta berbagai jenis seni rupa yang lain pada masa akan datang.