Kajian keselamatan terhadap bangunan sekolah (sekolah menengah) / Nor Aishah Mohd Arif

Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan di sekolah yang agak longgar dari segi aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal yang digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 20...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Arif, Nor Aishah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74032/1/74032.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak kebelakangan ini media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan di sekolah yang agak longgar dari segi aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal yang digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Malahan Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama (usang), kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai. Jika tiada inisiatif untuk menangani masalah ini, ia akan terns membahayakan penghuni bangunan sekolah terutamanya pelajar. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik untuk mendapatkan maklumat berdasarkan sumber 'primer' oleh responden responden yang menghuni bangunan sekolah hampir setiap hari. Ianya juga melibatkan pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan bangunan sekolah. Walaupun majoriti responden menyatakan terdapat kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan pada bangunan sekolah, namun masih terdapat kerosakan dan kecacatan pada bangunan sekolah yang boleh membahayakan penghuninya. Keadaan ini hams di pandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Beberapa cadangan telah di utarakan sebagai pemangkin dalam usaha meningkatkan keselamatan penghuni di bangunan sekolah.