Pembangunan modul pengajian mualaf di Baitus Salam Lembaga Zakat Selangor / Siti Afifah Mat Rani

Baitus Salam adalah sebuah pusat perlindungan mualaf yang bersifat sementara. Ia berperanan sebagai pusat komuniti kepada mualaf untuk membentuk jati diri dan memperkasakan pendidikan agama yang secukupnya terutama dari aspek ilmu Akidah, Syariah dan Fiqah serta pelaksanaan amalan Islam. Pendidikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Rani, Siti Afifah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75753/1/75753.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Baitus Salam adalah sebuah pusat perlindungan mualaf yang bersifat sementara. Ia berperanan sebagai pusat komuniti kepada mualaf untuk membentuk jati diri dan memperkasakan pendidikan agama yang secukupnya terutama dari aspek ilmu Akidah, Syariah dan Fiqah serta pelaksanaan amalan Islam. Pendidikan mualaf merupakan suatu keperluan yang perlu ditekankan terutama dalam aspek kefahaman agama dan kemahiran untuk para mualaf. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk dan konsep pendidikan mualaf yang dilaksanakan di Baitus Salam. Kajian ini juga menganalisis pelaksanaan pendidikan mualaf di Baitus Salam. Seterusnya, membangunkan modul pendidikan mualaf yang komprehensif di Baitus Salam. Justeru, keperluan terhadap modul mualaf yang komprehensif perlu diwujudkan di Baitus Salam bagi memantapkan kefahaman agama para mualaf. Kajian ini menggunakan metod kualitatif melibatkan kajian kepustakaan serta temu bual individu dan kumpulan fokus. Temu bual pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan pengajian Islam akan dijalankan dengan melibatkan ahli akademik, guru, pengurusan organisasi mualaf dan sebagainya. Temu bual kumpulan berfokus juga dijalankan yang melibatkan komuniti mualaf mengikut kesesuaian. Kaedah pemerhatian akan digunakan semasa aktiviti harian dan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk mendapatkan dapatan kajian yang menyeluruh.