Satu kajian mengenai kaedah belajar yang diminati oleh pelajar pendidikan seni muzik dan pendidikan bahasa Inggeris di UiTM - satu perbandingan / Kasiri @ Razlan Gontinge

Proses pembelajaran sering dikaitkan dengan kaedah yang digunakan untuk membolehkan proses mengambil, mendapat, menganalisis dan memproses maklumat dapat dilakukan dengan sempurna dan mengikut ketertiban yang tersendiri. Namun harus diingat bahawa proses pembelajaran merupakan proses yang sinonim de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Gontinge, Kasiri @ Razlan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77214/1/77214.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pembelajaran sering dikaitkan dengan kaedah yang digunakan untuk membolehkan proses mengambil, mendapat, menganalisis dan memproses maklumat dapat dilakukan dengan sempurna dan mengikut ketertiban yang tersendiri. Namun harus diingat bahawa proses pembelajaran merupakan proses yang sinonim dengan kehidupan manusia sejak lahir hingga dewasa. Proses ini akan berubah dari semasa ke semasa mengikut peningkatan umur, fizikal dan peredaran zaman. Walaupun begitu, proses pembelajaran manusia banyak bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kaedah ini disebut sebagai kaedah belajar yang akan menentukan bagaimana proses mendapatkan pengetahuan dijalankan. Kaedah belajar ini adalah berbeza-beza mengikut persepsi masing-masing serta kesesuian dan keselesaan yang tersendiri. Oleh yang demikian, kajian mengenai kaedah belajar ini telah dilakukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, melalui kaedah pengedaran borang kaji selidik kepada 40 orang pelajar.