Penerimaan ibu bapa dan pelajar terhadap pendidikan muzik di sekolah rendah: suatu kajian kualitatif / Nazilawati Abdul Manaf

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara serta memainkan peranan utama dalam proses pembangunan ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Manaf, Nazilawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77353/1/77353.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara serta memainkan peranan utama dalam proses pembangunan bangsa ke arah mewujudkan rakyat yang bersatu padu. Kurikulum Bare Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan kepada umum dan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah disebabkan kurikulum lama mempunyai banyak kelemahannya dari segi isi kandungan mahupun matlamat pendidikannya. Perancangan dan perlaksanaan program KBSR adalah hasil kajian atas pencapaian murid murid sekolah rendah di bawah program Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Perlaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah menunjukkan ramai murid masih belum mahir dalam membaca, menulis dan mengira, sungguhpun mereka telah belajar di sekolah rendali selama enam tahun.