Kesan aktiviti industri perkhidmatan, am, ringan dan khas terhadap pasaran hartanah di kawasan pusat perdagangan Klang / Mawad Sri Basoeki

Dewasa ini pembangunan sektor industri menjadi isu yang penting di mana-mana negara. Setiap negara yang sedang melaksanakan pembangunan sentiasa berusaha secara maksima bagi memajukan perekonominya yang sesuai dengan potensi yang dipunyai oleh setiap negara bersangkutan. Supaya potensi tersebut dapa...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Sri Basoeki, Mawad
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 1997
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77957/1/77957.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Dewasa ini pembangunan sektor industri menjadi isu yang penting di mana-mana negara. Setiap negara yang sedang melaksanakan pembangunan sentiasa berusaha secara maksima bagi memajukan perekonominya yang sesuai dengan potensi yang dipunyai oleh setiap negara bersangkutan. Supaya potensi tersebut dapat memberikan manfaat yang optima, maka setiap negara bersaing untuk memajukan pembangunan sektor industrinya. Ianya dianggap sebagai langkah yang paling baik bagi meningkatkan taraf perekonomian negara, iaitu melalui peningkatan kualiti dan kuantiti barangan produksi. Namun demikian, aktiviti-aktiviti perindustrian sediaada sering menimbulkan masalah kesan persekitaran. Ianya disebabkan oleh kerana kurangnya kawalan terhadap lokasi kawasan industri pada sesebuah bandar. Sebagai akibatnya, aktiviti-aktiviti perindustrian ini menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar serta hartanah-hartanah yang berhampiran dengannya. Kualiti alam sekitar menjadi buruk, misalnya disebabkan oleh pencemaran air, udara mahupun tanah kerana aktiviti industri yang berterusan dan tidak menyediakan kerja pengawasan dan kawalan bagi kesan luaran yang ditimbulkan.