Al-darurah al-syar’iyyah dan aplikasinya dalam penggunaan muharramat masa kini / Mohd Hapiz Mahaiyadin
Pelbagai produk gunaan hari ini tidak bebas sepenuhnya daripada unsur haram (muharramat) dalam bentuk asal ataupun derivatifnya, secara langsung atau tidak langsung. Terdapat empat sumber sebagai fokus muharramat dalam kajian ini iaitu gelatin, plasma darah, alkohol dan gliserin, sering digunakan da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98996/1/98996.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelbagai produk gunaan hari ini tidak bebas sepenuhnya daripada unsur haram (muharramat) dalam bentuk asal ataupun derivatifnya, secara langsung atau tidak langsung. Terdapat empat sumber sebagai fokus muharramat dalam kajian ini iaitu gelatin, plasma darah, alkohol dan gliserin, sering digunakan dalam keperluan industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Sebagai pengguna paling ramai di Malaysia, umat Islam terpaksa menghadapi fenomena tersebut dengan berhati-hati atau menggunakan beberapa produk tersebut atas sebab darurah. Prinsip darurah merupakan suatu rukhsah syarak bagi menyelamatkan nyawa dan pelbagai daruriyyat al-khams pengguna disebabkan ketiadaan alternatif halal, penyakit, kebuluran, paksaan, pertahanan diri dan kesulitan umum yang sukar dielak (cumum balwa). Kajian ini ingin menganalisis konsep al-darurah al-syarciyyah secara terperinci di samping menditilkan jenis-jenis muharramat dan perbezaan kedudukan hukum serta kesannya terhadap penggunaan ketika darurah. Pada dasarnya, penggunaan muharramat memerlukan suatu panduan sistematik disebabkan kepelbagaian jenis haram dalam ketiga aspek penggunaan di atas menampilkan bentuk aplikasi darurah yang berbeza. Sesuai dengan sifat sebuah kajian kualitatif, landasan teori darurah dan muharramat dibina berdasarkan telaah kritis terhadap kitab-kitab fekah, usul fekah dan kaedah fekah berautoriti daripada empat mazhab muktabar termasuk Zahiriyyah. Dua intrumen penting iaitu istihalah dan ihtiyat turut disentuh kerana penerimaan aplikasi istihalah memberikan impak positif terhadap ruang penggunaan pelbagai produk farmaseutikal moden khususnya. Seterusnya mekanisme aplikasi darurah dapat direkonstruksi ke dalam sebuah model lebih berstruktur untuk menjustifikasi keadaan darurah selain menjadi panduan penggunaan muharramat kepada pengguna Islam setempat. Berdasarkan model tersebut, sesuatu kes darurah dinilai dengan tiga parameter utama ; penentuan tahap kesulitan, jenis muharramat dan herarki penggunaannya, serta kesan haram terhadap daruriyyat al-khams pengguna. Beberapa senario darurah telah dianalisis. Terdapat sebahagiannya diiktiraf sebagai darurah dan sebahagian lagi tidak. Bagi senario darurah, pengguna dibenarkan memakan, menerima rawatan atau menjalani pembedahan yang menggunakan sumber haram ataupun derivatifnya mengikut Jadual Hirearki Muharramat Daripada Minimum kepada Maksimum. Kajian ini turut mengemukakan beberapa saranan kepada para pengguna Islam, pihak industri dan pihak kerajaan tentang langkah-langkah efektif ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang berorientasikan ‘Halal Business dan Trading Culture’. Budaya ini sepatutnya menjadi teras kepenggunaan halalan tayyiban yang menjamin sekuriti produk gunaan domestik dalam setiap rantaian penghasilannya daripada pencemaran unsur muharramat. |
---|