Hubungan iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah di daerah Semporna. Sebanyak 65 buah prasekolah yang terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusliza Yusof
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10714/1/mt0000000579.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah di daerah Semporna. Sebanyak 65 buah prasekolah yang terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Data kajian dikutip melalui soal selidik yang mengandungi 49 item. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) for Windows version 15.0. Dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi seperti ujian-t; ANOVA satu hala dan korelasi pearson-r. Keputusan Ujian-t yang dilakukan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres berdasarkan jantina (Sig.(2 tailed)=0.105 (p>0.05) dan kategori perkhidmatan (Sig.(2 tailed)=O.271 (p>0.05). Analisis ANOVA satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres berdasarkan tempoh perkhidmatan (Sig = 0.342 (p>0.05). Manakala Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan sederhana r=0.427 (sig.=.001, p<0.05) antara iklim kerja dengan tahap stres guru dan terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru r=0.477 (sig.=.001, p<0.05). Kajian ini juga membentangkan beberapa cadangan kepada penggubal dasar, guru besar, dan pentadbir sekolah untuk menambahbaik iklim sekolah bagi membantu guru-guruuntuk lebih komited dan bermotivasi dalam tugas ke arah kecemerlanganorganisasi pendidikan.