Taburan logam berat sepanjang Sungai Mamut,Ranau,Sabah

Lombong tembaga Mamut (MCM) yang terletak di hulu Sungai Mamut dilaporkan mencemari kawasan persekitarannya dengan logam termasuk beberapa sungai yang terietak di hilir sungai lombong. Kehadiran logam di persekitaran adalah berpunca daripada air larian dan pelepasan sisa lombong. Tujuan kajian ini d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bibi Noorarlijannah Binti Mohammad Ali
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11858/1/mt0000000669.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lombong tembaga Mamut (MCM) yang terletak di hulu Sungai Mamut dilaporkan mencemari kawasan persekitarannya dengan logam termasuk beberapa sungai yang terietak di hilir sungai lombong. Kehadiran logam di persekitaran adalah berpunca daripada air larian dan pelepasan sisa lombong. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji taburan logam (Co, Cu, Fe, Mn, Ni, Pb dan Zn) sepanjang Sungai Mamut. Sebanyak sepuluh lokasl dipilih sebagai stesen persampelan yang mana kedua-dua sampel air dan sedimen di ambit pada lokasi yang sama. Beberapa parameter ditentukan bagi sampel air laitu suhu, pH, kekonduksian elektrik (EC), keupayaan redoks (Eh), bikarbonat (HC03-) dan sulfat (SO4²) manakala logam yang dikaji iaitu kobalt (Co), kuprum (Cu), ferum (Fe),mangan (Mn), nikel (Ni), plumbum (Pb) dan zink (Zn) ditentukan bagi kedua-dua sampel air dan sedimen. Analisis sampel air adalah berdasarkan APHA (1995) manakala kepekatan logam dalam sedimen ditentukan berdasarkan Wilson et al. (2005). Penilaian kualiti air dan sedimen ditakukan dengan menggunakan kedua-dua piawai kualiti air dan sedimen serta indeks sedimen seperti indeks geoakumulasi (Igeo), faktor pengayaan (EF) dan indeks beban pencemar (PU). Hasil analisis yang dilakukan bagi sampel air menunjukkan suhu berada dalam lingkungan 17.37-26.18ºC, pH (pH 3.38-7.29), EC (30.17-2119.57 μscm-¹), Eh (-106-134.07 mV) manakala 23-79.5 mgl-¹ dan 23.3-1294_64 mgl-¹ bagi HC03�dan solo. Kepekatan logam dalam air yang dikaji bagi Co mencatatkan julat 2.36 hlngga 254.38 μgl�¹Cu (14.7-3893.94 μgl�¹), Fe (68.93-11811.05 μgl�¹), Mn(33.16-21974.84 μgl�¹), Ni (21.42-618.91 μgl�¹), Pb (13.11-142.97 μgl�¹) dan Zn(14.2-5208.85 μgl�¹). Hasil analisis menunjukkan turutan kepekatan logam dalam air adalah seperti berikut di mana Mn>Fe>Zn>Cu>Ni>Co>Pb. Kepekatan logam dalam sedimen mencatatkan kepekatan yang lebih tinggl berbanding air disebabkan keupayaan Iogam untuk berakumulasi dalam sedimen. Kepekatan Co dalam sedimen adalah dalam lingkungan 9.22 hingga 42.5 mgkg�¹, Cu (40.8- 2322.5 mgkg�¹), Fe (14305-58023 mgkg�¹), Mn (145-879.75 mgkg�¹), NI (15.15-515 mgkg�¹), Pb (td-l04.5 mgkg�¹) dan Zn (43.96-159.4O mgkg�¹ ). Manakala, kandungan bahan organik dalam sedimen adalah dalam julat 0.83 hingga 1.69%. Turutan kepekatan logam dalam sedimen adalah seperti berikut di mana Fe>Cu>Mn>Ni>Zn>Pb>Co. Perbandingan dengan Indeks menunjukkan bahawa logam yang hadir dalam sedimen adalah berasal dari sumber antropogenik dan Cu merupakan logam yang paling tercemar berbanding logam yang lain. Melalui analisis XRD yang ditakukan, kuarza merupakan mineral utama yang hadir dalam kawasan kajian diikuti oleh edenit, pirit, krisotil, mika, muskovlt, kalkopirit dan ravatit. Taburan logam menunjukkan kepekatan logam dalam air adalah mengurang menuju hilir sungai disebabkan oleh faktor jarak dan kesan pencairan. Namun, kepekatan logam dalam sedimen adalah tidak sekata menuju hilir sungai. Pola perubahan yang tidak sekata ini adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyumbang kepada peningkatan kepekatan logam dalam sedimen dan pelbagal kandungan mineral yang wujud di kawasan kajian.