Program terapi senaman pesakit angin ahmar pendarahan: Kajian kes di kalangan beberapa orang pesakit di negeri Sabah

Statistik Pertubuhan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia menganggarkan hampir 40,000 rakyat Malaysia mengalami ketidakupayaan akibat angin ahmar setiap tahun. Pesakit yang terselamat biasanya terpaksa menanggung kesan hampir seumur hidup, dan program pemulihan diperlukan bagi membantu memaksimakan pelua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zuliana Binti Bacho
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11861/1/mt0000000671.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Statistik Pertubuhan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia menganggarkan hampir 40,000 rakyat Malaysia mengalami ketidakupayaan akibat angin ahmar setiap tahun. Pesakit yang terselamat biasanya terpaksa menanggung kesan hampir seumur hidup, dan program pemulihan diperlukan bagi membantu memaksimakan peluang untuk pulih. Oleh itu objektif utama tesis ini adalah untuk memperkenalkan inovasi program terapi senaman angin ahmar yang memfokuskan kepada penggunaan otot teras bagi meningkatkan keupayaan berdikari dan berfungsi. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan rekabentuk kajian kes. Tiga orang pesakit angin ahmar akut dan kronik yang mengalami hemiparesis mengambil bahagian dalam program terapi ini. Program senaman bagi setiap pesakit direkabentuk secara spesifik. Setiap pesakit dikehendaki menjalani terapi secara tetap, 2 kali seminggu selama 12 minggu. Senaman dimulakan dengan senaman seated rowing untuk 10 minit dan ditambah dengan 5 jenis senaman otot teras sama ada menggunakan mesin, beban bebas atau pun berat badan, 1-3 set, 10-15 ulangan dan diakhiri dengan senaman seated rowing selama 10 minit. Keupayaan berdikari akan dinilai sebelum dan selepas 12 minggu menggunakan Indeks Barthel. Keupayaan berfungsi diukur sebelum dan setiap empat mlnggu sehingga 12 minggu menggunakan Ujian Berjalan Enam Minit, Ujian Berjalan 10 Meter Kelajuan Biasa dan Kelajuan Maksimum, Ujian Bangun Kerusi, Ujian Kotak dan Kiub dan Penilalan Keseimbangan Brunei. Dapatan kajian mendapati pesakit kronik dan akut menunjukkan peningkatan ke atas keupayaan berdikari dan berfungsf seawal empat minggu. Dapatan ini mungkin dapat menjelaskan potensi program terapi ini bagl meningkatkan keupayaan berdikari dan berfungsi pesakit angin ahmar pendarahan. Dicadangkan juga agar program terapi senaman diperkenalkan lebih awal bagi membolehkan pesakit mencapai hasil pemulihan yang optimum dan kajian meluas perlu dilakukan pada masa akan datang bagi mengesahkan hasil dan implikasi program terapi ini ke atas pemulihan pesakit angin ahmar.