Persepsi guru-guru sekolah rendah pedalaman terhadap pengintegrasian teknologi komputer berdasarkan model FITT

Kajian kes ini bertujuan untuk mengukur tahap keserasian antara interaksi guru, tugas dan teknologi dalam pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah pedalaman, serta mengenal pasti faktor-faktor yang paling menyumbang kepada aspek yang m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Chee Chung
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11866/1/mt0000000674.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini bertujuan untuk mengukur tahap keserasian antara interaksi guru, tugas dan teknologi dalam pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah pedalaman, serta mengenal pasti faktor-faktor yang paling menyumbang kepada aspek yang mempunyai tahap keserasian yang paling rendah. Terdapat dua fasa utama dalam kajian ini. Fasa pertama dalam kajian Inl adalah berbentuk kuantitatif yang bertujuan untuk mengukur dan menghuraikan tahap keserasian antara interaksi guru-komputer, guru-P&P dan komputer-P&P berdasarkan persepsi guru bagi mengenalpasti aspek yang paling menyumbang ke arah ketidakserasian. Satu instrumen soal-selidik berskala Likert yang mengandung 9 aspek dan 25 item telah dibina. Seramai 69 orang guru sekolah rendah dari sebuah zon pedalaman di daerah Keningau, Sabah telah menyertai kajian tinjauan ini. Dapatan tinjauan ini menunjukkan aspek yang paling menyumbang ke arah ketidakserasian mengikut persepsi guru adalah ketersediaan teknologi komputer. Sesudah fasa pertama kajian ini, sebuah sekolah pedalaman dipilih untuk mendapatkan data-data mengenai ketersediaan teknologi. Tiga orang guru dalam sekolah berkenaan telah ditemu-bual untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman mereka terhadap ketersediaan teknologi komputer dalam sekolah mereka. Hasil daripada kajian kualitatif ini menunjukkan guru-guru sekolah pedalaman masih menghadapi masalah komputer tidak dapat berfungsi. Masalah ini berkaitan dengan sumber kuasa elektrik yang tidak stabil, sokongan teknikal yang lemah, ketiadaan prasarana yang sesuai dan kelemahan sekolah dari segi perancangan dan pengurusan terhadap teknologi komputer ini.