Penerimaan, jangkaan dan pengalaman: pengaruhnya terhadap kepuasan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar institut pendidikan guru
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penerimaan, jangkaan dan pengalaman terhadap kepuasan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus di Sarawak. Model Penerimaan Teknologi, Unified Theory Acceptance and Uses of Technology, Model Kejayaan Sistem Makluma...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12133/1/Penerimaan%2C%20jangkaan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penerimaan, jangkaan dan
pengalaman terhadap kepuasan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di Institut
Pendidikan Guru Kampus di Sarawak. Model Penerimaan Teknologi, Unified Theory
Acceptance and Uses of Technology, Model Kejayaan Sistem Maklumat Terkini,
Expectancy Disconfirmation Theory dan Teori Kegunaan dan Kepuasan
digabungkan sebagai asas pengujian model kajian. Sebanyak 650 set soal selidik
diedarkan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGK di
Sarawak, yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Sejumlah 616 set soal selidik
telah digunakan untuk dianalisis. Teknik statistik termasuk SEM, analisis korelasi
Pearson, analisis regresi berganda, Ujian-t dan ANOVA sehala telah digunakan.
Keputusan analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan
positif antara penerimaan, jangkaan dan pengalaman dengan kepuasan pelajar
pada paras signifikan nilai p = 0.00 (p <0.05). Dapatan kajian ini juga mendapati
wujud pengaruh penerimaan, jangkaan dan pengalaman terhadap kepuasan pelajar
dengan nilai p = .000 (p < 0.05) melalui analisis regresi berganda. Perkaitan antara
elemen-elemen seperti kebergunaan, mudah guna, pembelajaran kendiri, kualiti
interaksi, ciri pensyarah, kualiti sistem, kualiti maklumat dan teknologi memberi
kesan signifikan terhadap kepuasan pelajar. Bagi faktor demografi pula, kajian ini
membuktikan bahawa jantina tidak mempengaruhi kepuasan pelajar secara
signifikan. Sebaliknya, kajian ini mendapati bahawa program pengajian secara
signifikan telah mempengaruhi kepuasan pelajar. Dapatan kajian juga
membuktikan bahawa model dan data kajian adalah sesuai. Kefahaman yang
komprehensif terhadap model ini akan membantu pelaksana, pembangun sistem
dan pensyarah meningkatkan tahap penerimaan dan mengurangkan jangkaan
negatif pelajar terhadap e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus di Sarawak pada masa akan datang. |
---|