Petrologi kompleks ofiolit Teluk Marudu, Utara Sabah, Malaysia
Kompleks Ofiolit Teluk Marudu (KOTM) adalah mewakili batuan kerak lautan kuno atau jujukan ofiolit berusia Jurasik hingga Kapur Awal yang tersingkap di sekitar kawasan Kota Marudu-Pitas, utara Sabah. Batuan kerak lautan kuno ini pada asalnya dirujuk sebagai Formasi Cert-Spilit oleh pengkaji-pengk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12931/1/Petrologi%20kompleks%20ofiolit%20Teluk.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kompleks Ofiolit Teluk Marudu (KOTM) adalah mewakili batuan kerak lautan kuno
atau jujukan ofiolit berusia Jurasik hingga Kapur Awal yang tersingkap di sekitar
kawasan Kota Marudu-Pitas, utara Sabah. Batuan kerak lautan kuno ini pada
asalnya dirujuk sebagai Formasi Cert-Spilit oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hasil
daripada kajian ini mendapati, Kompleks Ofiolit Teluk Marudu ini merupakan suatu
jujukan ofiolit yang tidak lengkap (dismembered). Jujukan Kompleks Ofiolit Teluk
Marudu terdiri daripada unit ultramafik yang diwakili oleh batuan Peridotit
(harzburgit) terserpentin, unit mafik yang diwakili oleh batuan Gabro, unit volkanik
yang diwakili oleh batuan Basalt, unit felsik yang diwakili oleh batuan Diorit kuarza
dan sedimen lautan yang terdiri daripada cert, batu lumpur serta batu kapur yang
terhad. Analisis geokimia batuan yang dilakukan menunjukkan, unit ultramafik
yang diwakili oleh batuan Peridotit terserpentin dicirikan dengan nilai kepekatan
unsur SiO₂ antara 36.7%-42.75% dan kandungan unsur MgO, Ni dan Co yang
tinggi. Unsur kekuatan bermedan rendah (LFSE) seperti Pb, Ba, Rb, Sr, K dan
unsur nadir bumi (REE) yang sangat rendah menunjukkan ciri-ciri batuan punca
atau batuan mantel. Sampel batuan gabro mewakili unit mafik yang mengandungi
silika (SiO₂) antara 46.20%-50.34% menunjukkan perbezaan yang jelas dalam
julat kepekatan unsur-unsur TiO₂, K₂O, P₂O₅, Ba, Rb, Zr, Nb dan unsur nadir bumi
ringan (LREE). Sampel batuan gabro dari unit mafik GB01 dan GB02 menunjukkan
kepekatan unsur-unsur yang lebih rendah berbanding dengan GB03, GB04 dan
GB05 yang mana mencadangkan perbezaan batuan punca. Sampel batuan GB03,
GB04 dan GB05 yang mengandungi jumlah kandungan alkali yang tinggi
mempunyai ciri-ciri geokimia yang sarna dengan Basalt Antara Plat (BAP). Unit
felsik yang diwakili Diorit kuarza yang mempunyai nilai SiO₂ antara 53.3%-67.5%
dicirikan oleh fitur-fitur terbreksi pada batuan dan diklasifikasikan sebagai
Trondhjemit-Tonalit berdasarkan nisbah An-Ab-Or, serta menunjukkan ciri-ciri
Granit arka volkanik. Unit volkanik KOTM diwakili oleh batuan basalt yang hadir
sebagai batuan basalt masif dan basalt lava bantal dilapangan. Batuan basalt yang
mempunyai nilai SiO₂ antara 47.1%-51.70% dicirikan dengan kelimpahan unsur
kekuatan medan rendah (LFSE) seperti Cs, Rb, Ba, Sr, K dan unsur nadir bumi
ringan (LREE), serta penyusutan unsur kekuatan medan tinggi (HFSE) seperti Zr,
Ti, Y, Nb dalam batuan. Batuan basalt ini berasal dari magma siri tholeitik hingga
siri kalk-alkali K-tinggi dan menunjukkan ciri-ciri sekitaran tektonik Permatang
Tengah Lautan (PTL) hingga Arka Kepulauan (ARK). Ciri-ciri geokimia batuan
basalt Kompleks Ofiolit Teluk Marudu (KOTM) mencadangkan pembentukan kerak
lautan pada persekitaran pemuaian Permatang Tengah Lautan (PTL) yang
dipengaruhi oleh aktiviti peringkat awal zon supra-Subduksi (ZSS) yang dirnulai
oleh sungkupan antara plat. |
---|