Sejarah industri perlombongan arang batu di Labuan (1846-1912)
Kajian bertajuk "Sejarah Industri Perlombongan Arang Batu di Labuan (1846-1912)" merupakan sebuah kajian yang penting kerana la meneliti dan membincangkan secara menyeluruh berkaitan perkembangan yang berlaku dalam industri perlombongan arang batu di Labuan. Oleh itu, secara keseluruhan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16855/1/Sejarah%20industri%20perlombongan%20arang.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian bertajuk "Sejarah Industri Perlombongan Arang Batu di Labuan (1846-1912)"
merupakan sebuah kajian yang penting kerana la meneliti dan membincangkan
secara menyeluruh berkaitan perkembangan yang berlaku dalam industri
perlombongan arang batu di Labuan. Oleh itu, secara keseluruhannya kajian Ini
akan memfokuskan kepada faktor pembukaan Labuan; pembentukan industri
perlombongan arang batu di Labuan; perkembangan operasi perlombongan pada
setiap era pentadbiran; serta masalah dan kesan yang wujud dalam industri ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembukaan Labuan oleh British pada tahun
1846 sebagai tanah jajahannya berkait rapat dengan penemuan komoditi arang
batu yang terdapat di pulau tersebut. Perkembangan semasa yang berlaku ketika
itu mendorong British untuk menduduki Labuan dengan tujuan bagi menjadikannya
sebagai stesyen arang batu British di Borneo. Walau bagaimanapun, perkembangan
dalam industri ini tidak mencapai tujuan asal pembukaannya dan berlaku
sepertimana yang dimahukan oleh Kerajaan British apabila timbul pelbagai masalah
dalam operasi perlombongan sehingga membawa kepada kegagalannya.
Perkembangan yang berlaku dalam industri ini telah memberi kesan terhadap
pentadbiran Kerajaan British di pulau tersebut dan imej Labuan sebagai Tanah
Jajahan Mahkota British. Kajian ini dihasilkan melalui kaedah penyelidikan sejarah
dalam menganalisis data berkaitan perkembangan yang berlaku dengan data primer
dan sekunder yang digunakan diperolehi daripada kajian di arkib dan perpustakaan |
---|