Apresiasi seni dan pencirian pakaian tradisional etnik dalam karya catan pelukis Sabah
Penyelidikan ini merupakan kajian mengenai apresiasi dan penCirian terhadap penampilan imej pakaian tradisional di dalam karya catano Pemilihan karya catan adalah dari koleksi tetap Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah dari kumpulan koleksi Karya Pilihan Tahunan dari tahun 1985 hingga tahun 20...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16858/1/Apresiasi%20seni%20dan%20pencirian.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini merupakan kajian mengenai apresiasi dan penCirian terhadap
penampilan imej pakaian tradisional di dalam karya catano Pemilihan karya catan
adalah dari koleksi tetap Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah dari kumpulan
koleksi Karya Pilihan Tahunan dari tahun 1985 hingga tahun 2010. Bilangan karya
sebagai bahan kajian berjumlah 35 buah dari hasil 33 pelukis tempatan. Penyelidik .
menganalisis imej pakaian tradisi di dalam sesuatu karya dari segi pengenalan
identiti pakaian, pencirian pakaian, konsep pakaian dalam catan dan inspirasi
pelukis terhadap pakaian sebagai budaya benda dalam pengkaryaan. Pakaian
merupakan suatu benda yang sangat penting sebagai tanda peradaban dan
menangani konflik indentiti sesebuah masyarakat atau etnik. Kajian mengenal pasti
identiti, mencirikan pakaian tradisional dan ornamen dalam karya seni catan koleksi
Balai Seni Lukis Sabah. Selain itu kajian ini dapat menganalisis bentuk, isi, makna
dan klasifikasi karya berdasarkan kriteria penampilan imej pakaian tradisional
dalam penilaian diskripsi setiap karya catano Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif iaitu melalui penglibatan penyelidik secara terus di lapangan melalui rekod
maklumat dan temu bual bersama pelukis dan pereka pakaian tradisional Sabah.
Kajian ini memberikan keterangan apresiasi melalui pendekatan teori Feldman
E.B,(1987:471) dan Erwin Panofsky (1892-1968) yang menggariskan satu kaedah
yang mengelaskan pemerhatian imej kepada tahap deskripsi, analisis formal,
interpretasi dan tahap penilaian. Kriteria dianalisis dari segi penampilan gaya
lakaran imej pakaian, ketepatan warna pakaian, kesesuaian imej dalam karya,
penampilan pakaian sebagai simbol dan kelengkapan pakaian tradisional. Hasil
kajian daripada 35 buah karya catan, terdapat 23 buah karya diklasifikasikan Tahap
Cemerlang. Terdapat 8 buah karya ditahap baik dan 4 buah karya ·ditahap
memuaskan. Tiada sebarang karya diklasifikasikan sebagai tahap sederhana. |
---|