Pengurusan pengajaran guru dan infrastruktur ICT serta persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT
Guru seringkali diibaratkan sebagai pengurus dalam bilik darjah. Pengurusan pengajaran guru merupakan pedoman kepada guru dalam menguruskan bilik darjah. Sejajar dengan ledakan teknologi, mata pelajaran Information Communication Technology (ICT) telah diperkenalkan kepada pelajar di peringkat menen...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17707/1/Pengurusan%20pengajaran%20guru.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Guru seringkali diibaratkan sebagai pengurus dalam bilik darjah. Pengurusan pengajaran guru merupakan pedoman kepada guru dalam menguruskan bilik darjah. Sejajar dengan ledakan teknologi, mata pelajaran Information Communication
Technology (ICT) telah diperkenalkan kepada pelajar di peringkat menengah atas. Dengan penawaran mata pelajaran tersebut, kemudahan Infrastruktur ICT menjadi
elemen yang penting dalam pembelajaran. Maka kajian ini akan melihat hubungan di antara pengurusan pengajaran guru dengan kemudahan Infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh sekolah. Di samping itu, kajian juga mengkaji tentang persepsi
pelajar terhadap pengurusan pengajaran guru dan Infrastruktur ICT. Analisis data dalam penyelidikan ini dibuat secara kuantitatif. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada 175 orang pelajar Tingkatan 4 dart enam buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Instrumen kajian diadaptasi dari Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Shelby County Schools
Rubric for Essential Conditions dan Rubric of Essential Technology Conditions (RETC). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan yang sederhana di antara pengurusan pengajaran guru, infrastruktur ICT dan persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT. Berdasarkan dapatan kajian, pengurusan pengajaran guru,
Infrastruktur ICT mempunyai pengaruh terhadap persepsi pelajar dalam mats pelajaran ICT. |
---|