Pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat di sekolah menengah di daerah Tawau

Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hussin Musa
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18753/1/Pengaruh%20perancangan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat dengan keberkesanan mesyuarat, dan 3) Menentukan pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Seramai 173 sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajlan diu bah sual dan diadaptasi daripada instrumen pengurusan mesyuarat oleh pengetua yang direkabentuk oleh Hayadi (1997). Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan Instrumen soal selidik. Dalam rnelakukan pengujian hlpotesis kajian, Ujian t,ANOVA sehala, korelasi Pearson's r dan regresi pelbagai dlgunakan. Kaedah statistik seperti frekuensi, peratusan dan min turut digunakan dalam kajian ini. Aras signlfikan untuk menguji hipotesis lalah 5% atau p<0.05. Keputusan kajlan menunjukkan bahawa : 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina guru, 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan pengalaman mengajar guru, 3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan taraf akademik guru, 4) Terdapat hubungan yang signifikan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat, dan 5), Terdapat pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat Dicadangkan pihak sekolah membuat penilaian dalam proses penambahbaikan pengurusan mesyuarat agar ia menjadi suatu titik permulaan dalam merangka dan merancang program sekolah dengan lebih berkesan.