Keselamatan manusia dan buruh kanak-kanak Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit di Sabah

Dalam sistem politik hubungan antarabangsa, terutamanya dalam isu kajian keselamatan melihat bahawa buruh kanak-kanak sebagai kumpulan yang lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Dalam hal ini, buruh kanak-kanak yang berkembang di seluruh dunia merupakan mangsa eksploitasi dan penindas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dewi Hervani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18902/1/Keselamatan%20manusia%20dan%20buruh%20kanak-kanak.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam sistem politik hubungan antarabangsa, terutamanya dalam isu kajian keselamatan melihat bahawa buruh kanak-kanak sebagai kumpulan yang lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Dalam hal ini, buruh kanak-kanak yang berkembang di seluruh dunia merupakan mangsa eksploitasi dan penindasan yang paling kentara di dunia pada hari ini. Kajian ini cuba melihat buruh kanak-kanak Indonesia di Sabah merupakan satu hasil aklbat daripada kebanjiran pendatang di negeri ini. Seiring dengan itu, kewujudan buruh kanak-kanak Indonesia di sektor periadangan dl Sabah merupakan fenomena yang patut diambilkira sebagai isu yang sangat penting kerana ia mengancam keselamatan kanak-kanak. Untuk itu, pendekatan Keselamatan Manusia (Human Security merupakan konsep yang tepat untuk mengupas faktor kewujudan dan aktiviti buruh kanak-kanak ini serta ancaman yang mereka hadapi. Dengan menggunakan metode kualitatif dan mengambil tiga kawasan kajian iaitu Tawau, Lahad Datu dan Sandakan, kajian ini mendapati bahawa buruh kanak-kanak Indonesia tldak mengetahui mereka bekerja dalam kondisi yang dianggap tidak dibenarkan, bahaya dan dieksploitasi sepenuhnya. Justru, mereka jelas mengalami situasi kehidupan yang tidak sejajar dengan prinsip 'freedom from fear' dan 'freedom from want'. Oleh yang demikian dapatan kajian ini membangkitkan persoalan peranan yang boleh dimainkan oIeh aktor-aktor diperingkat makro dan mikro dalam menangani isu keselamatan buruh kanak-kanak Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit di Sabah.