Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah daerah Tawau
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah menjadi amalan pelajar atau yang paling dominan dengan pelajar ketika aktiviti pengajar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18909/1/Hubungan%20gaya%20pembelajaran.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara gaya
pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini
juga ingin mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah menjadi amalan
pelajar atau yang paling dominan dengan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Seramal 547 orang pelajar tingkatan empat di
empat buah sekolah laitu SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Umas-umas dan SMK
Balung di daerah Tawau. Soal selidik adalah daripada Honey & Mumford, Learning
Style Questionnaire (1992), yang mengandungi lapan puluh item telah digunakan
untuk kajian ini. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 18 orang pelajar
bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan yang telah
diperolehi adalah 0.88. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
Statistic Package For Social Science (S PSS) Version 16.0 for Windows: Ujian korelasi
Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan
nilai p diantara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah p=0.01
hingga 0.05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dua
pembolehubah tersebut. Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya
pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah gaya pembelajaran Reflektor
diikuti dengan Teoris, Pragmatis dan akhir sekali ialah Aktivas. Hasil kajian juga
mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar
berdasarkan lokasi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya
pembelajaran pelajar berdasarkan lokasi. Implikasi kajian ini jelasnya mampu
mengubah dan memberi input berguna kepada Kementerian Pelajaran, khasnya
guru-guru dan pelajar umumnya. Satu perancangan idea untuk membantu guru
dan murid mengenalpasti gaya pembelajaran untuk pencapaian akademik masing-masing |
---|