Hubungan antara kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Zon Merotai, Tawau

Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar, dan pelajar diwajibkan untuk merryiapkan kerja rumah yang tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Said
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18915/1/Hubungan%20antara%20kerja%20rumah.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar, dan pelajar diwajibkan untuk merryiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Walaupun terdapat banyak isu yang diperdebatkan mengenai bebanan berhubung dengan kerja rumah yang diberikan kepada pelajar, namun kerja rumah terus menjadi satu perkara yang wajib dilaksanakan kerana terbukti bahawa kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun 6 di zon Merotai, di daerah Tawau. Sampel kajian terdiri 140 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah rendah di zon Merotai, daerah Tawau. Kajian dijalankan berpandukan kaedah tinjauan soal selidik. Semua data diproses dengan menggunakan program Statistical Packaqes For Social Sciences 20.0 for windows (SPSS Version 20.0 for Windows). Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif (melibatkan kekerapan dan peratus) dan inferensi (melibatkan Pearson Correlation. Daripada data yang diperoleh, penyelidik mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa dan jenis kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dengan pencapaian pelajar. Namun, kesemua hubungan yang wujud adalah pada tahap yang lemah. Beberapa implikasi dan cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini.