Pengaruh kemahiran kepimpinan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif terhadap pencapaian sekolah kluster di Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri dan tingkah Laku Kerja Inovatif terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak. Kajian kuantitatif inl menunjukkan kaedah tinjauan guru sekolah kluster seramai 238 orang guru daripada empat buah sekolah kluster yang di...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18956/1/Pengaruh%20kemahiran%20kepimpinan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri
dan tingkah Laku Kerja Inovatif terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak.
Kajian kuantitatif inl menunjukkan kaedah tinjauan guru sekolah kluster seramai
238 orang guru daripada empat buah sekolah kluster yang dipilih secara rawak
menggunakan Quickscale. Empat set instrumen soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumbalas responden terhadap konstruk yang dikaji: Soal Selidik
Kemahiran Kepimpinan Kendiri, Soal Selidik Tingkah Laku Kerja Inovatif, Soal
Selidik Pencapaian Sekolah Kluster dan Soal Selidik Efikasi Kendiri Guru. Analisis
pengesahan faktor digunakan untuk mendapat indeks padanan model hipotesis
dengan data kajian. Modifikasi model dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks
padanan yang baik (good fit) dalam menentusahkan model pengukuran semua
konstruk kajian. Semua model pengukuran digabungkan untuk membentuk Model
Persamaan Struktural. Nilai petunjuk padanan model akhir ialah x²) = 105.948,
df=41, p=.000 CMIN/df=2.584, GFI=.928, CFI=.964 dan RMSEA=.004
menunjukkan padanan yang balk model modifikasi dengan data kajian. Dapatan
kajian menunjukkan Kemahiran Kepimpinan Kendiri mempunyai hubungan yang
positif dan signifikan dengan Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak (0.59). Selain
itu, Kemahiran Kepimpinan Kendiri juga mempunyai hubungan yang positif dan
signifikan dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif (0.49). Seterusnya, konstruk
Tingkah Laku Kerja Inovatif mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan
Pencapaian Sekolah Kluster (0.60). Efikasi Kendiri Guru merupakan pengantara
separa bagi hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Pencapaian
Sekolah Kluster di Sarawak. Berdasarkan dapatan kajian, tujuh cadangan kajian
lanjutan dikemukakan. |
---|