Hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas sekolah menengah di daerah Papar

Kajian ini membincangkan mengenai tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas di lima buah sekolah menengah di Daerah Papar. Kajian ini cuba untuk meninjau hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas dan perbezaan tahap motivasi dalam kalangan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lesley George
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19297/1/Hubungan%20tabiat%20kepimpinan%20ketua%20pengawas.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas di lima buah sekolah menengah di Daerah Papar. Kajian ini cuba untuk meninjau hubungan tabiat kepimpinan ketua pengawas dengan tahap motivasi pengawas dan perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pengawas mengikut jantina dan persekitaran mereka seperti rakan sebaya, guru-guru ataupun diri sendiri. Seramai 165 orang peserta kajian yang dipilih dan dalam kalangan pengawas sekolah daripada lima buah sekolah menengah di Daerah Papar telah terlibat sebagai sam pel kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Analisis statistik yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan yang signifikan antara pemboleubah. Aras signifikan yang digunakan adalah 0.01. Merujuk kepada Indeks Davis, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana kuat antara tabiat kepimpinan ketua pengawas dimensi timbang rasa dengan tahap motivasi pengawas iaitu r-=0.34, hubungan dimensi merintis struktur dengan tahap motivasi juga pada tahap sederhana kuat iaitu r-0.37 dan secara keseluruhan hubungan tabiat kepimpinan dengan tahap motivasi pengawas adalah pada tahap sederhana kuat iaitu r-=0.39. Manakala ujian-t yang dilakukan untuk meninjau perbezaan tahap motivasi pengawas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Tetapi perbezaan tahap motivasi pengawas mengikut persekitaran pula yang ditentukan melalui ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan F=5.104, p <0.05.