Sikap dan kemahiran guru prasekolah dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan komputer dalam proses pengajaran awal Sains
Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19491/1/Sikap%20dan%20kemahiran%20guru%20prasekolah%20dalam%20penggunaan%20teknologi.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer
dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan
kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan
komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru prasekolah.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru prasekolah dengan mengukur
sikap dan menilai kemahiran guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (leT). Tahap kemahiran asas ICT guru diukur berdasarkan lima jenis
aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word),
persembahan elektronik (PowerPoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet.
Kajian dilaksanakan di semua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di dearah
Keningau dengan melibatkan semua guru prasekolah seramai 74 orang. Satu set soal
selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data-data kajian dan hanya
60 orang guru prasekolah yang telah melengkapkan soal selidik yang diedarkan. Data
yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(SPSS) versi 18. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan
frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t
pada tahap kesignifikanan p < 0.05. Kajian menunjukkan terdapat hubungan linear
yang positif pad a tahap sedarhana antara sikap dengan penggunaan ICT dalam
kalangan guru prasekolah. Manakala dapatan antara kemahiran dengan penggunaan
ICT, menunjukkan terdapat hubungan linear yang positif pada tahap sedarhana.
Dapatan kajian turut menunjukkan kemahiran merupakan petunjuk utama yang
menyebebkan peningkatan dalam penggunaan leT dalam kalangan guru prasekolah.
Secara keseluruhaannya, kajian ini telah membawa implikasi yang signifikan kepada
pihak yang terlibat dalam menjalankan dasar khususnya kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang terlibat dalam
menganjurkan kursus ICT, agar dapat memfokuskan isu sains dan teknologi dalam
semua peringkat pendidikan. |
---|