Hubungan sikap dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran guru-guru menengah rendah dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah Kudat, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sikap guru menengah rendah dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maklumbalas diambil dari responden yang terdiri daripada 170 orang guru yang mengajar tingkatan satu hingga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fadzil Ah Talib
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19576/1/Hubungan%20sikap%20dengan%20penguasaan%20pengetahuan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sikap guru menengah rendah dengan penguasaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maklumbalas diambil dari responden yang terdiri daripada 170 orang guru yang mengajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga sekolah-sekolah menengah daerah Kudat. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Satu set soal selidik dibangunkan sendirl oleh penyelidik berasaskan buku panduan pelaksanaan PBS dan 'FAQ' berkaitan PBS. Nilai kebolehpercayaan bagi variabel-variabel soal selidik ini ialah varia bel sikap (0.91), variabel pengetahuan (0.97) dan variabel kemahiran (0.945). Analisis statistik inferensi iaitu ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson untuk menguji hilpotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan positif antara sikap dengan penguasaan pengetahuan dengan kekuatan hubungan yang tinggi iaitu r=0.641. Selain itu, ujian korelasi pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara sikap dengan penguasaan kemahiran dengan kekuatan hubungan yang tinggl iaitu r=0.639. Secara keseluruhannya dapatan ini amat bertepatan dan menyokong kerangka kajian yang digunakan.