Kepimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah : satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tentang kepemimpinan pengetua dalam membentuk keberkesanan sekolah. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Keningau (SMTK) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif untuk mencungkil rahsia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saripah Ghul Hassan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19715/1/Kepimpinan%20pengetua%20dan%20keberkesanan%20sekolah.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tentang kepemimpinan pengetua dalam membentuk keberkesanan sekolah. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Keningau (SMTK) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Pengetua SMTK dijadikan sebagai subjek utama dalam kajian. Pelbagai instrumen digunakan untuk mengumpul data seperti soal selidik, temubual, pemerhatian dan semakan dokumen. Seramai 31 orang telah mengambil bahagian dalam temubual dan 87 responden dalam soal selidik. Soal selidik membekalkan data deskriptif sedangkan instrumen lain memberi 'input' tambahan dari kenyataan dan frasa yang unik. Dapatan menunjukkkan kualiti pengetua adalah penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Kajian menunjukkan kompetensi seperti kepemimpinan pendidikan, perancangan dan akauntabiliti sekolah, hubungan kemanusiaan dan keberkesanan peribadi pengetua sangat diperlukan untuk mewujudkan sekolah berkesan. Dapatan dari kajian di SMTK telah menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetuanya telah menyumbang dalam menghasilkan pengurusan cemerlang kepada sekolah berkesan.