Perubahan sosial masyarakat Kadayan: satu kajian di Sipitang, Sabah
Tesis ini merupakan satu kajian yang menggunakan kaedah etnografi dalam meneliti budaya yang dimiliki oleh masyarakat Kadayan di Sabah. Masyarakat Kadayan merupakan salah satu daripada masyarakat minoriti di Sabah. Tumpuan utama petempatan mereka di Daerah Sipitang iaitu kawasan pedalaman Sabah....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19722/1/Perubahan%20sosial%20masyarakat%20Kadayan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini merupakan satu kajian yang menggunakan kaedah etnografi dalam
meneliti budaya yang dimiliki oleh masyarakat Kadayan di Sabah. Masyarakat
Kadayan merupakan salah satu daripada masyarakat minoriti di Sabah. Tumpuan
utama petempatan mereka di Daerah Sipitang iaitu kawasan pedalaman Sabah.
Kajian ini dilakukan ialah untuk memahami mengenai sejarah komuniti ini. Aspekaspek
organisasi sosial, kegiatan ekonomi, elemen-elemen yang berkaitan dengan
adat seperti perkahwinan, institusi kekeluargaan dan persanakan, bahasa,
kepercayaan agama (world view) dan peralatan tradisi turut diketengahkan dalam
pengkajian ini. Sebagai masyarakat yang mengalami perubahan dari segi
pembangunan yang mempengaruhi budaya tradisi dan gaya hidup masyarakat ini.
Disebabkan semua proses ini menunjukkan komuniti ini sedang menghadapi proses
lenyap, justeru itu usaha untuk mendokumentasikan budaya komuniti ini perlu
dilakukan dengan segera supaya khazanah dan tradisi dapat dikekalkan. Oleh yang
demikian tujuan tesis ini dilakukan ialah untuk mendokumentasikan sejarah,
memperihalkan organisasi sosial, sistem adat, kepercayaan serta aktiviti ekonomi
komuniti ini, impak daripada perubahan dan pembangunan sosial yang berlaku
dalam masyarakat serta amalan ritual komuniti ini. Upacara Makan Tahun
merupakan budaya tradisi yang masih dipertahankan oleh komuniti ini. Selain itu
terdapat juga kepercayaan-kepercayaan aninisme yang bercampur aduk dengan
pegangan agama Islam yang dianuti oleh komuniti ini. Masyarakat Kadayan ini
mempercayai terdapatnya semangat-semangat supernatural sama ada baik atau
jahat yang memerlukan pemujaan supaya tidak mengganggu dan malapetaka
dalam masyarakat ini. Masyarakat kadayan percaya jika melanggar pantang larang
yang ditetapkan dan menimbulkan kemarahan kepada makhluk halus dan ghaib
sehingga mendatangkan mala petaka dan bencana bukan sahaja kepada individu
tetapi kepada ahli masyarakat yang lain. Akibat daripada perkembangan agama
Islam telah menyebabkan komuniti ini diasimilasikan dalam kelompok masyarakat
yang majoriti. Perubahan komuniti juga dipengaruhi oleh aspek ekonomi dan
pendidikan telah membawa perubahan sehingga ciri-Ciri tradisi komuniti ini
beransur-ansur hilang dan berubah. Arus globalisasi dan media juga turut
mempengaruhi perubahan dalam komuniti dimana komuniti ini mula menyerap
budaya universal melalui perkembangan media masa, pergaulan harian, proses
pendidikan serta pekerjaan. Pengkajian tesis ini menggunakan kaedah metodologi
yang utama iaitu participant observation (pemerhatian turut serta). Kaedah ini telah
menuntut untuk tinggal bersama-sama dan melibatkan diri dengan komuniti ini
secara berterusan. Selain itu juga penyelidik menggunakan kaedah temuramah,
kajian perpustakaan dan gambar foto. Responden kajian ini terdiri daripada orangorang
tua, ketua-ketua kampung, bekas ketua kampung serta orang-orang yang
terlibat dan tahu mengenai budaya dan cara hidup tradisi masyarakat Kadayan. |
---|